• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Krisis Timur Tengah, Sarawak Tunggu Keputusan Bawa Balik Pelajar Tajaan Dari Jordan Dan Mesir

Oleh
Nazihah AN
17 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Krisis Di Timur Tengah, Sarawak Tunggu Keputusan Bawa Balik Pelajar Tajaan Dari Jordan Dan Mesir

Kerajaan Sarawak Menanti Nasihat Mengenai Keselamatan Pelajar di Asia Barat

Krisis Timur Tengah, Sarawak Tunggu Keputusan Bawa Balik Pelajar Tajaan Dari Jordan Dan Mesir. Kerajaan Sarawak masih menanti nasihat dari Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum membuat keputusan mengenai penghantaran pulang pelajar yang ditaja oleh Yayasan Sarawak dari Asia Barat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, menyatakan bahawa pihaknya sentiasa berhubung dengan Pengarah Pejabat Kementerian Luar Negeri Wilayah Sarawak, Fenny Nuli, bagi mendapatkan perkembangan terkini di rantau tersebut.

Krisis Timur Tengah, Sarawak Tunggu Keputusan Bawa Balik Pelajar Tajaan Dari Jordan Dan Mesir
Gambar sekadar hiasan

Krisis Di Timur Tengah, Sarawak Tunggu Keputusan Bawa Balik Pelajar Tajaan Dari Jordan Dan Mesir

Beliau mengatakan apabila keadaan di Asia Barat semakin tegang, dan setelah menerima nasihat daripada kedua-dua kementerian terlibat, mereka akan segera membawa pulang pelajar Sarawak dari rantau tersebut untuk memastikan keselamatan mereka.

“Ramai pelajar kita, terutamanya yang ditaja oleh Yayasan Sarawak, berada di Jordan dan Mesir untuk mengejar pengajian dalam bidang perubatan dan keagamaan.

“Kita masih menunggu nasihat sama ada keadaan di sana merbahaya atau tidak, dan sekiranya Kementerian Luar Negeri bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi memberi pandangan bahawa pelajar kita di Asia Barat perlu dibawa pulang, kita akan mengambil tindakan mengikut arahan itu,” katanya.

Abang Johari menyuarakan pandangan ini semasa ditemui oleh media semasa Majlis Rumah Terbuka Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais, di Tinggian Demak hari ini.

Bagi menenangkan keluarga pelajar, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan mengambil langkah terbaik untuk memastikan keselamatan pelajar sekiranya ketegangan di Asia Barat berlanjutan.

Pada masa yang sama, beliau menggariskan bahawa kerajaan sedang mengikuti perkembangan semasa di rantau tersebut, terutama berkenaan dengan kejadian antara Iran dan Israel baru-baru ini.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Miri Catat Kecurian Elektrik Dan Perlombongan Wang Kripto Tertinggi Di Sarawak
Anak Ketua Polis Lahad Datu Maut Tertembak Diri Sendiri Guna Pistol Bapa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lalamove Bakal Buka Cawangan Baharu Di Sarawak
Next Article Pelajar Dari Sandakan Kongsi Terlepas Flight Gara-Gara Tersalah Lihat Masa Penerbangan Pelajar Dari Sandakan Kongsi Terlepas Flight Gara-Gara Tersalah Lihat Masa Penerbangan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?