• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kehilangan Wanita Dari Miri Berakhir Tragis, Ini Kronologi Pembunuhan Nur Farah Kartini

Oleh
Nazihah AN
16 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Kehilangan Wanita Dari Miri Berakhir Tragis, Ini Kronologi Pembunuhan Nur Farah Kartini

Kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah Berakhir dengan Penemuan Tragis di Felda Gedangsa

Kehilangan Wanita Dari Miri Berakhir Tragis, Ini Kronologi Pembunuhan Nur Farah Kartini. Pada 10 Julai 2024, berita kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah di Tanjung Malim, Perak telah mengejutkan masyarakat. Gadis berusia 25 tahun ini, yang berasal dari Miri, Sarawak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di kawasan perumahan Taman Universiti, Tanjung Malim.

Nur Farah, seorang bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Multimedia, bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan dan membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta.

Kronologi Kehilangan dan Penemuan Tragis Nur Farah Kartini Abdullah

Laporan kehilangannya dibuat pada jam 1.56 pagi oleh rakannya, Amira, yang turut cuba mengesan Nur Farah dengan berkongsi gambar serta maklumat di laman sosial.

Pakaian terakhir yang dilihat dipakai oleh Nur Farah adalah pakaian korporat berwarna biru, bertudung, dan mengenakan seluar panjang hitam. Rakan sekerja dan individu yang menyewa kereta pada hari kejadian turut memberi kerjasama dengan memberikan maklumat penting kepada pihak polis.

Pada 15 Julai 2024, polis merakam percakapan tujuh individu berkaitan kes kehilangan tersebut. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, menyatakan pihaknya menerima laporan kehilangan pada pukul 1.56 pagi dan terus menjalankan siasatan lanjut. Penemuan mayat Nur Farah pada 15 Julai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, telah mengakhiri pencarian tersebut. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa mayat tersebut ditemukan kira-kira jam 6 petang dan dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenali.

Susulan penemuan tragis ini, polis menahan lelaki (yang mengaku dirinya teman lelaki kepada si mangsa) merupakan seorang penjawat awam. Lelaki tersebut akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berikut adalah kronologi kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah:

  1. 12 Julai 2024 – Nur Farah dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim sejak 10 Julai 2024. Laporan polis diterima pada jam 1.56 pagi 11 Julai 2024.
  2. 15 Julai 2024 – Polis merakam percakapan tujuh individu berkaitan kes ini, termasuk rakan sekerja dan wanita yang menyewa kereta.
  3. 15 Julai 2024 – Mayat Nur Farah ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu pada jam 6 petang, dipercayai dibunuh.
  4. 15 Julai 2024 – Polis menahan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam berusia 26 tahun.
  5. 16 Julai 2024 – Lelaki yang disyaki membunuh direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Menurut kenalan rapat Farah Kartini (@puterizaira), lelaki tersebut bukanlah teman lelaki seperti yang ditulis dalam beberapa laporan media berita. Sebaliknya, situasi mereka berdua umpama cinta bertepuk sebelah tangan.

Mereka juga menyatakan bahawa suspek memang ada perasaan terhadap Farah, namun Farah tidak berkongsi perasaan yang sama terhadap lelaki tersebut.

Sama-sama kita doakan agar pemergian Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Penjawat Awam Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Wanita Miri Yang Hilang
Wanita Miri Hilang Selepas Hantar Kereta Sewa Dipercayai Dibunuh Individu Yang Dikenali
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penjawat Awam Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Wanita Miri Yang Hilang Penjawat Awam Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Wanita Miri Yang Hilang
Next Article Hasil Karya Anak Sarawak, Filem ‘No More Drugs’ Ditayangkan Percuma Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?