• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuasa Media Sosial, Netizen Hadir Sokong Jualan Nasi Lemak Malam Di BDC Kuching

Oleh
Husna Hazmi
9 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Netizen hadir ingin bantu perniagaan Nasi Lemak di BDC, Kuching.

Kuasa Media Sosial, Netizen Hadir Sokong Jualan Nasi Lemak Malam Di BDC Kuching. Zaman ini, memag tidak dapat dinafikan betapa kuatnya pengaruh media sosial dalam kehidupan kita.

Semalam, seorang lelaki di Facebook ini telah memuat naik sebuah hantaran di mana dirinya berkongsi port nasi lemak malam di BDC Commercial Centre, Kuching.

Kuasa Media Sosial, Netizen Hadir Sokong Jualan Nasi Lemak Malam Di BDC Kuching
Kuasa Media Sosial, Netizen Hadir Sokong Jualan Nasi Lemak Malam Di BDC Kuching. Sumber foto: FB Msuhardi Masli

Hantaran seorang lelaki di Facebook telah mendapat perhatian netizen

Dalam hantaran berkenaan dia berkata, semasa hendak ke pasaraya H&L, dirinya ternampak stall kecil menjual nasi lemak (penjualnya Melayu) di kawasan berhampiran.

Lelaki tersebut kemudiannya membeli nasi lemak berkenaan lalu berkongsi dengan netizen bahawa nasi lemak rendang di situ memang boleh tahan, sambalnya sedap dan dia akan singgah ke stall tersebut lagi untuk membeli menu lazat berkenaan.

Tambahnya lagi, stall nasi lemak tersebut hanya tutup pada hari Jumaat dan mula menjual nasi lemak mereka dari jam 7 atau 8 malam sehingga habis.

Kuasa Media Sosial, Netizen Hadir Sokong Jualan Nasi Lemak Malam Di BDC Kuching
Foto tangkap layar dari FB Msuhardi Masli
Kuasa Media Sosial, Netizen Hadir Sokong Jualan Nasi Lemak Malam Di BDC Kuching
Foto tangkap layar dari FB Msuhardi Masli

Hantaran tersebut mendapat sokongan dan sambutan positif dari netizen

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat sambutan positif dari warganet di mana mereka semua menyokong jualan nasi lemak tersebut.

Mendapat sehingga 417 perkongsian (setakat artikel ini ditulis), netizen hadir menyokong dan ingin membeli nasi lemak berkenaan. Komen-komen positif daripada netizen ingin membantu perniagaan nasi lemak ini memberi bukti bahawa media sosial bukan tempat di mana ada hiburan dan perkara negatif sahaja.

Jadi tunggu apa lagi, jom beli nasi lemak malam di sebelah H&L/Wisma BDC ini dan marilah kita sama-sama kongsikan perkara yang boleh membawa manfaat kepada diri serta orang lain.

Lagi tempat makan menarik buat anda di sini:

Simple Tapi Sedap, Nasi Ayam Cincang Cekgu Di Kuching Ini Digemari Ramai
Kopitiam Best Di Kuching, Nikmati Pelbagai Menu Sarapan Pagi Menarik Di Udin, Atai & Chong
SUMBER :FB Msuhardi Masli
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Breakfast Legend Di Sarikei, Aik Seng Cafe Jadi Tempat Makan Kegemaran Penduduk Tempatan
Next Article Lampu Isyarat Rosak, Netizen Puji Orang Awam Bantu Kawal Lalu Lintas Di Jalan Tol Kuching Lampu Isyarat Rosak, Netizen Puji Orang Awam Bantu Kawal Lalu Lintas Di Jalan Tol Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?