• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuat Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain

Oleh
ILB - AI
28 Mei 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Kuat Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain

Oyen asyik-asyik buat hal!

Kuat Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain. Kucing berwarna oren / jingga atau juga dikenali dengan gelaran manja ‘oyen‘, sering digambarkan sebagai kucing yang bermasalah atau ‘berdrama’. Ya lah, asal tengok video tentang kucing, yang selalu buat hal adalah kucing oyen!

Isi Isi Penting
  • Oyen asyik-asyik buat hal!
  • Kebanyakan kucing oyen adalah jantan: 80% jantan, dan 20% betina
  • Kucing berwarna oren lebih biasa dilihat di kawasan luar bandar
  • Semua kucing berwarna oren adalah kucing tabby
  • Kucing oyen boleh dianggap jenis kucing yang paling popular untuk ditunjukkan dalam media
  • Dikenali untuk kemesraan mereka
  • Oyen tetap mencuit hati

Tetapi tahukah anda bahawa selain dari perangai mereka, kucing oyen ini terbukti secara saintifik unik berbanding kucing lain? Berikut adalah 5 perkara unik yang membezakan kucing oyen dengan kucing lain!

Kuat Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kuat Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain

Kebanyakan kucing oyen adalah jantan: 80% jantan, dan 20% betina

Haa… Tidak hairanlah mereka biasanya nakal! Kebanyakan kucing oyen adalah jantan. Hal ini berdasarkan susunan genetik mereka.

Menurut The Spruce Pets, sebuah laman web bermaklumat yang dikendalikan oleh doktor haiwan berpengalaman, gen O membawa kod oren (dirujuk sebagai ‘merah’ dalam genetik) dan dibawa pada kromosom X. Oleh kerana betina mempunyai 2 kromosom X, ini bermakna kucing berwarna oren mesti mewarisi dua gen oren (satu dari setiap ibu bapa).

Tetapi bagi seekor kucing jantan, mereka hanya memerlukan satu gen O sahaja dan dapat didapati dari ibunya.

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kredit: Bailey Mariner via The Spruce

Kucing jingga jantan hanya boleh dilahirkan dari ibu yang berwarna jingga, calico, atau tortoiseshell. Kucing jingga betina hanya boleh lahir dari persilangan antara kucing merah jantan dan kucing merah, calico, atau tortoiseshell betina.

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kucing jenis tortoiseshell. Kredit: Wikipedia
Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kucing janis calico. Kredit: Kidadi

Apabila seekor kucing mempunyai gen cair, yang berasingan daripada gen warna, mereka mempunyai warna ‘merah’ yang lebih terang.

Kucing berwarna oren lebih biasa dilihat di kawasan luar bandar

Menurut sebuah kajian tentang kucing oren, kucing berwarna oren lebih biasa dilihat di kawasan luar bandar di mana ia kurang padat, berbanding dengan persekitaran bandar.

Penemuan ini mendapati bahawa kucing oren mungkin menikmati kejayaan pembiakan yang lebih besar dalam keadaan sosial tertentu. Di persekitaran luar bandar, sistem mengawan kucing lebih ‘poligami’, bermakna kucing jantan boleh mengawan dengan beberapa kucing betina, dan kucing betina akan mengawan dengan hanya seekor kucing jantan.

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kredit: Pinterest

Jika di persekitaran bandar pula, kucing betina dan jantan akan mempunyai banyak pasangan dan akan menyebabkan kacukan warna lain yang lebih dominan dari warna oren.

Semua kucing berwarna oren adalah kucing tabby

Kucing jenis tabby boleh dianggap sebagai kucing yang paling dominan di Malaysia. Bertentangan dengan kepercayaan popular, kucing jenis tabby bukanlah spesies kucing, tetapi merujuk kepada kot (corak bulu) mereka.

Ciri-ciri utama kucing tabby adalah tanda berbentuk ‘M’ di bahagian dahi kucing, berbelang-belang di mata dan melintasi pipi, di sepanjang belakang dan di sekeliling kaki dan ekor. Corak berbelang, bertitik, bergaris dan berpusing dapat dilihat pada badan terutamanya di bahagian leher, bahu, sisi, dada dan perut.

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kucing bercorak tabby. Kredit: Catster

Secara ringkasnya, semua kucing oyen akan mempunyai corak tabby di badan mereka. Ini berlaku akibat gen agouti di mana ia menentukan sama ada seekor kucing akan mempunyai corak tabby atau tidak.

Namun, apabila gen merah menonjol, gen bukan agouti tidak akan berfungsi – jadi, anda tidak boleh mempunyai gen bukan agouti pada kucing berwarna oren.

Ini juga bermaksud anda tidak akan pernah melihat kucing berwarna oren yang mempunyai kot solid (berwarna tetapi tidak bercorak).

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kredit: FelineLiving

Kucing oyen boleh dianggap jenis kucing yang paling popular untuk ditunjukkan dalam media

Mungkin ramai tidak sedar, tetapi kucing oyen ini sangat popular sehingga kucing berwarna jingga ini boleh dianggap sebagai kucing paling popular di media. Sebagai contoh, Garfield dan Puss In Boots (watak dalam filem Shrek).

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Garfield. Kredit: Garfield Wiki
Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Watak Shrek, Puss in Boots. Kredit: Amino

Kucing oyen juga boleh dilihat dalam beberapa iklan seperti jenama makanan kucing IAMS dan 9Lives Amerika Syarikat.

Duta 9Lives AS, Morris. Kredit: Facebook

Kucing oyen sangat popular, malah terdapat kepercayaan di kalangan orang di seluruh dunia bahawa kucing ini, tidak dapat dinafikan, kucing yang paling huru-hara.

@ladbible

Orange cat behavior 😤 | 🎥 @hasan | #ladbible #fyp #foryou #cat #catsoftiktok #orangecat

♬ My humps – ZAA 🦇
@pawsome_kitten

Orange cat — truly one of a kind#crackhead #funnycat #catsoftiktok #foryou

♬ Delicious – T-Spoon

Dikenali untuk kemesraan mereka

Sekiranya anda terfikir mengapa kucing oyen anda terlalu mesra, ia telah disahkan bahawa kucing berwarna oren adalah kucing yang paling suka berkawan, menurut National Geographic.

Menurut Gary Weitzman, seorang doktor haiwan dan penulis How to Speak Cat, warna kot dikaitkan dengan tingkah laku. Katanya, kucing tortoiseshell didapati boleh berdikari dan mereka biasanya suka hanya satu orang, dan mereka boleh mendesak tentang apa yang mereka mahukan.

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kredit: Daily Mail

Beliau mendapati bahawa kucing jenis torties dan calico dan Abyssinian semuanya mempunyai hubungan yang didokumentasikan kukuh antara warna kot dan perangai mereka. Bagi kucing oyen pula, mereka didapati sangat mesra dan suka berkawan.

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kredit: Funny and Cute Kitten Cat

Oyen tetap mencuit hati

Semua kucing peliharaan kita mempunyai tempat istimewa dalam hati kita tetapi tidak dinafikan kucing oyen memang menonjol. Adakah anda memiliki kucing oren? Apakah kenangan lucu tentang oyen anda?

Komen kenangan anda di bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Tak Pernah Tak Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Kredit: GIPHY

Lagi tentang kucing di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sanggup Bunuh Wanita Untuk Ilmu Hitam, Ini Kisah Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Indonesia
Next Article Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario, Boleh Stargazing Atas Bukit!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?