• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kucing Dianiaya, Terpaksa Berjalan Gunakan Dua Kaki Tegak Ke Atas

Oleh
ILB - AI
8 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Viral sekali lagi, kucing berjalan guna dua kaki hadapan hapir menegak ke atas

Kucing Dianiaya, Terpaksa Berjalan Gunakan Dua Kaki Tegak Ke Atas. Satu rakaman tular apabila seekor kucing berjalan menggunakan dua kaki hadapannya hampir menegak ke atas.

Menurut laporan, kucing berkenaan berjalan dalam keadaan dua kakinya tegak ke atas semasa mencari makanan di sebuah tempat letak kereta.

Dipercayai kejadian berlaku di bandar Tengzhou, wilayah Shandong pada 2021, namun baru-baru ini menjadi viral sekali lagi.

Kucing Dianiaya, Terpaksa Berjalan Gunakan Dua Kaki Tegak Ke Atas
Sumber: kosmo

Difahamkan, kucing tersebut diberi nama Angel oleh sebuah kumpulan penyelamat haiwan, MaoCha yang akhirnya menemui haiwan tersebut.

Dalam pada itu, MaoCha meletakkan kucing itu di dalam sangkar sebelum dibawa ke hospital veterinar di mana imabasan tomografi (CT) dilakukan.

Pernah mengalami penderaan yang teruk

Susulan itu, mereka turut mendedahkan bahawa kucing itu didera dengan teruk yang telah menyebabkan kecacatan, malah terdapat juga kesan melecur akibat dicucuh puntung rokok di belakang lehernya.

Sementara itu, jurucakap organisasi itu menyatakan Angel sangat tenang semasa menjalani rawatan dan menerima ubat antiradang.

Kucing Dianiaya, Terpaksa Berjalan Gunakan Dua Kaki Tegak Ke Atas
Sumber: kosmo

Doktor telah meletakkannya di bawah pemerhatian selama beberapa hari sebelum menjalani pembedahan terharap kucing tersebut.

Bukan itu sahaja, dipercayai seseorang telah menyebabkan kecederaan terhadap Angel dengan sengaja, dan memusingkan kakinya ke belakang. Untuk makluman, setakat ini masih tidak diketahui nasib kucing itu selepas pembedahan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lelaki Dera Anak Kucing, Rendam Dengan Bahan Peluntur Dan Siram Air Panas
Kenakan Bayaran Lebih RM3K, Syarikat Dikecam Tawar Servis Kebumi Kucing ‘Cara Islam’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir 100 Tahun Beroperasi, Kerajaan Sarawak Sedia Ambil Alih Bangunan Ikonik Pejabat Pos Kuching Hampir 100 Tahun Beroperasi, Kerajaan Sarawak Sedia Ambil Alih Bangunan Ikonik Pejabat Pos Kuching
Next Article Habiskan RM70K Ubah Suai Rumah Kekasih, Lelaki Kecewa 'Girlfriend' Akhirnya Kantoi Curang Habiskan RM70K Ubah Suai Rumah Kekasih, Lelaki Kecewa ‘Girlfriend’ Akhirnya Kantoi Curang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?