• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kucing Peliharaan Tak Divaksin, Wanita Di Kuching Meninggal Dunia Akibat Rabies

Oleh
Nazihah AN
14 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kucing Peliharaan Tak Divaksin, Wanita Di Kuching Meninggal Dunia Akibat Rabies

Mangsa mempunyai enam ekor kucing peliharaan yang tidak pernah divaksin

Kucing Peliharaan Tak Divaksin, Wanita 44 Tahun Meninggal Dunia Akibat Rabies. Seorang wanita berusia 44 tahun di Kuching merupakan mangsa terbaru rabies di Sarawak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Dr Ooi Choo Huck dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa mula menunjukkan gejala pada 28 Nov dan meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan rabies pada 12 Dis.

Kucing Peliharaan Tak Divaksin, Wanita Di Kuching Meninggal Dunia Akibat Rabies
Kucing Peliharaan Tak Divaksin, Wanita Di Kuching Meninggal Dunia Akibat Rabies

Mangsa mempunyai kesan calar dan luka yang panjang, dan sentiasa dijilat oleh kucing peliharaan, dan tidak menerima rawatan atau vaksinasi rabies

“Sampel klinikal yang diuji telah mengesahkan (ia adalah) kes jangkitan rabies,” katanya.

Dr Ooi berkata mangsa mempunyai enam ekor kucing peliharaan yang tidak pernah divaksinasi terhadap rabies dan dibenarkan bercampur dengan haiwan liar, di mana salah satu daripadanya mati dua bulan lalu.

Menurutnya, mangsa, yang juga menghidap kencing manis dan darah tinggi, menafikan sebarang sejarah digigit haiwan.

“Namun, berdasarkan pemerhatian klinikal, mangsa mempunyai kesan calar dan luka yang panjang, dan sentiasa dijilat oleh kucing peliharaan, dan tidak menerima rawatan atau vaksinasi rabies di mana-mana kemudahan kesihatan,” tambahnya.

Sementara itu, Dr Ooi berkata sejumlah 18 kes rabies dalam kalangan manusia termasuk 16 kematian telah dilaporkan di Sarawak dari Januari hingga 13 Dis tahun ini.

Beliau juga berkata daripada 18 kes tahun ini, lima kes dilaporkan dari Sibu, empat kes dari Serian, empat kes dari Kuching, tiga kes dari Bintulu dan dua kes dari Samarahan.

“Terdapat peningkatan empat (4) kes atau 28.6 peratus berbanding hanya 14 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2022, iaitu peningkatan.

“Jumlah keseluruhan kes rabies manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah 73 kes dengan 66 kematian,” katanya.

Baca lagi artikel berkaitan di sini:

‘Segera Dapatkan Rawatan Selepas Digigit’, Satu Lagi Kematian Akibat Rabies Di Sarawak
[VIDEO] Lewat Dapatkan Rawatan, Tular Kanak-Kanak Tunjuk Simptom Gigitan Rabies Undang Prihatin Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Kisah Sapok Biki, Peninju Sarawak Yang Menggemparkan Dunia Di Sukan Komanwel 1998
Next Article Jambatan Canopy Walk, Aktiviti Mencabar Di Danum Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?