I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Lagenda Ayam Jantan Sakti Nunuk Ragang, Permulaan Kadazan Dusun Sabah
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagenda Ayam Jantan Sakti Nunuk Ragang, Permulaan Kadazan Dusun Sabah

Husna Hazmi 29 September 2020
Kongsi
8 Min Bacaan
Kongsi

Kisah Mitos ini menceritakan asal-usul kaum kadazan dusun yang bermulanya dengan ayam sakti gergasi yang telah menemui dua manusia lalu menjadikan manusia tersebut sebagai anak angkatnya sehingga mereka telah berjaya membangunkan satu masyarakat Nunuk Ranang.

Lagenda Ayam Jantan Sakti Nunuk Ragang, Permulaan Kadazan Dusun Sabah. Menurut bahasa Dusun, perkataan “Nunuk” bermaksud pokok kayu ara atau nama saintifiknya Ficus Sycomorus. Manakala “Ragang” pula diambil daripada perkataan “Aragang” yang bermaksud warna merah. Jadi “Nunuk Ragang” membawa maksud sepohon pokok kayu ara yang berwarna merah. Sesuai dengan pengertian namanya sahaja sudah tentu ada jalan ceritanya yang berkaitrapat dengan mitos asal keturunan masyarakat Kadazan-Dusun yang juga merupakan kaum terbesar di Sabah, Negeri Dibawah Bayu.

Gambar sebagai hiasan
Gambar sebagai hiasan

Ayam jantan gergasi yang sakti

Berdasarkan cerita masyarakat kadazan dusun Sabah, pohon ara merah yang besar ini dikatakan ajaib kerana binatang-binatang yang menjadikan pohon ini tempat habitat mereka dikatakan mempunyai siaz yang besar-besar. Di pohon ini jugalah dikatakan pernah hidupnya seekor ayam jantan gergasi yang saiznya sebesar seekor kerbau. Ayam jantan tersebut merupakan raja kepada segala binatang di Nunuk Ragang.

Ayam jantan gergasi tersebut bukan calang-calang ayam kerana caranya mengorek tanah untuk mencari makanan. Dengan caranya yang gagah mengorek tanah, rupa-rupanya ayam jantan tersebut tengah mencari seorang pemuda yang kacak.

Walaupun sudah muncul manusia pertama, si ayam jantan masih lagi tidak berhenti. Malah dia terus menjalankan kerjanya sehinggalah menjelma pula manusia kedua iaitu seorang gadis yang cantik jelita. Oleh kerana tiada lagi manusia yang wujud ketika itu, dikatakan ayam jantan tersebut telah mengambil kedua-dua orang manusia ini menjadi anak angkatnya.

Ayam jantan tersebut telah mengambil kedua-dua manusia yang dijumpainya menjadi anak angkatnya. Diajarkannya kedua-dua manusia tersebut tentang cara hidup di hutan dan akhirnya apabila meningkat dewasa, pemuda dan gadis tersebut membentuk keluarganya sendiri sehingga melahirkan generasi yang ramai. Dari situlah Kawasan Nunuk Ragang mempunyai ramai populasi.

gadis kadazan dusun di nunuk ragang
gadis kadazan dusun di nunuk ragang

Nunuk Ragang yang aman damai

Setelah ramai populasi di Nunuk Ragang itu, si ayam jantan telah melantik si pemuda sebagai Penghulu Ragang semakin Makmur. Di bawah pemimpin si pemuda ini, wilayah Nunuk Ragang semakin aman makmur. Dengan lokasi tempat tersebut yang strategik, kerana berdekatan dengan sungai-sungai maka, Nunuk Ragang menjadi lebih harmoni. Penduduk di Nunuk Ragang pula belajar untuk bercucuk tanam, meneroka sungai-sungai yang berdekatan dan ianya telah menjadi sumber rezeki mereka.

gambar sebagai hiasan
gambar sebagai hiasan

Wabak Ragang Tie

Pada suatu hari, kedamaian penduduk Nunuk Ragang mula tergugat apabila pada suatu wabak yang dikenali “Ragang Tie” atau boleh dikenali sebagai wabak tahi merah. Disebabkan wabak tersebut, penduduk di Nunuk Ragang mula dilanda wabak ini berpanjangan malah ada yang meragut nyawa.

Segala hasil tanaman yang telah diusahakan penduduk di situ juga makin berkurangan. Hasil-hasil sungai iaitu ikan-ikan juga turut mati sehingga tiada lagi sumber makanan bagi penduduk di sana.

Oleh kerana wabak Ragang Tie tersebut, ramailah penduduk Nunuk Ragang mula perpindah di seluruh pelusuk Sabah mencari kediaman yang lebih sesuai.

Namun, turut ada saki baki orang Nunuk Ragang yang tidak mahu berpindah. Mereka mencuba sedaya upaya untuk hidup di kawasan tersebut dengan sebaik mungkin.

gambar sebagai hiasan
gambar sebagai hiasan

Orang Bawah Tanah

Satu hari diceritakan ada sebahagian daripadanya telah cuba menanam padi kerana itulah musimnya. Di ketika sedang asyik dengan kerja-kerja mereka pada masa itu, mereka mendengar seperti ada suara manusia memanggil mereka dari dalam tanah.

Hal yang menggemparkan itu telah diberitahu penghulu mereka. Dengan arahan penghulu mereka mereka cuba mengorek tanah di kawasan mereka mendengar suara manusia dan akhirnya mereka dapat melihat kelibat manusia-manusia bawah tanah tersebut.

Penghulu tersebut menggelar mereka sebagai “Orang Bawah Tanah” dan orang Nunuk Ragang pula gembira inin memperoleh tali persahabatan bersama mereka. Namun Orang Bawah Tanah berpandangan skeptikal terhadap orang Nunuk Ragang kerana mereka telah tercemar oleh Ragang Tie.

Penghulu pula mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan meninggalkan lubang Orang Bawah Tanah tersebut.

gambar sebagai hiasan
gambar sebagai hiasan

Orang Bawah Tanah yang suka berdendam

Orang Bawah Tanah pula sangatlah membenci orang Nunuk Ragang dan mereka telah banyak mencuba untuk keluar dari tanah tersebut untuk membunuh warga Nunuk Ragang.

Orang Bawah Tanah dikatakan tinggal di bawah tanah kerana mereka telah disumpah. Dewa Tanah menghukum mereka kerana ianya merupakan satu hukuman kerana dikatakan ketika mereka tinggal di atas tanah, mereka merupakan antara manusia yang sentiasa memusnahkan alam sekitar serta menimbulkan banyak kekecohan di dunia.

Walaupun, Orang Bawah Tanah telah menguasai wilayah Orang Nunuk Ragang namun dendam kesumat Orang Bawah Tanah tidak pernah luntur. Percubaan untuk membunuh Penghulu dan si ayam jantan sakti Orang Nunuk Ragang sentiasa menjadi misi utama mereka.

gambar sebagai hiasan
gambar sebagai hiasan

Ayam Jantan Sakti terbangkan penghulu ke Ranau

Demi menjaga keselamatan penghulu, dikatakan si ayam jantan sakti telah “menerbangkan” penghulu serta beberapa penduduk yang tinggal ke satu kawasan pergunungan yang tanahnya agak berlumpur. Kawasan itu dikenali sebagai Ranau sekarang. Malah nama “Ranau” itu juga bermaksud “lumpur” di dalam bahasa Kadazan-Dusun.

Orang Nunuk Ragang membuka Ranau sebaik mungkin dan hidup di Ranau untuk seketika di dalam aman damai. Orang Bawah Tanah pula masih tidak berpuashati dan mereka mengejar mereka sehingga ke Ranau pula. Ironinya dengan kesaktian yang ada pada si ayam jantan, segala niat diketahui lebih awal maka kali “diterbangkannya” pula si penghulu sehingga ke Tambunan. 

Orang Bawah Tanah pula meneruskan perjuangan mereka untuk menghapuskan ayam jantan sakti dan juga penghulu tetapi mereka sering gagal. Setelah kegagalan kali ketiga bagi Orang Bawah Tanah kerana penghulu dan si ayam jantan telahpun “terbang” ke Apin-apin pula. Episod buru memburu ini tiada kesudahannya bagi si Orang Bawah Tanah.

Dari Apin-apin, si penghulu dan ayam jantan telah “terbang” ke seluruh pelusuk bumi di Sabah dan salah satunya Keningau. Keningau adalah satu kawasan yang kaya raya dengan kayu manis. Dan begitulah juga bagaimana Keningau mendapat nama yang bermaksud “kayu manis” di dalam bahasa Kadazan-Dusun.

Nunuk Ragang
Nunuk Ragang

Berakhirnya riwayat Ayam Jantan Sakti dan Penghulu

Akhirnya si penghulu dan si ayam jantan menemui ajal mereka. Episod survival mereka berdua menemui titik noktahnya apabila si ayam jantan sudah lelah kerana sakit tua dan akhirnya mati. Tidak lama kemudian si penghulu pula mengikut jejak langkah si ayam jantan yang telah membesar dan membantunya di dalam segenap segi demi survival Orang Nunuk Ragang.

Dan pengakhiran itu juga menyaksikan Orang Bawah Tanah sudah tidak memburu ketua Orang Nunuk Ragang lagi dan mereka kekal hidup bersama-sama dengan saki baki Orang Nunuk Ragang yang ada sehingga ke hari ini.

Struktur Nunuk Ragang yang disaksikan sekarang yang menyerupai sepohon kayu yang ditebang merupakan ekspressi kepada pohon kayu ara merah gergasi yang dikatakan telah musnah ditebang oleh Orang Bawah Tanah suatu waktu dahulu.

Baca lagi disini:

Husna Hazmi 29 September 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Riwayat Chang'e Dan Hou Yi, Dan Mengapa Perayaan Kuih Bulan Diraikan Riwayat Chang’e Dan Hou Yi, Dan Mengapa Perayaan Kuih Bulan Diraikan
Next Article Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut
Cerita Borneo

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut

10 Ogos 2022
Cerita Borneo

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY

10 Ogos 2022
Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa
Cerita Borneo

Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa

10 Ogos 2022
Cerita Borneo

Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Negara Kanada

9 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?