I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan

Last updated: 14/09/20 5:12 PM
Kedung BK
Kongsi
5 Min Bacaan
Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan
Kongsi

Kisah seekor buaya putih dari Kinabatangan, Sabah

Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan. Sarawak bukan satu-satunya negeri yang mempunyai buaya legend. Di Sabah, terutamanya Sungai Kinabatangan, terdapat sebuah legenda mengenai seekor buaya berwarna putih iaitu Terrunggari.

Menurut lagenda ini, Terrunggari adalah seekor buaya yang besar dan gagah yang hidup beratus-ratus tahun yang lalu malah pada waktu usianya, manusia dan buaya boleh hidup bersama kerana Terrunggari mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan manusia.

Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan
Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan

Lagenda dari masyarakat Kinabatangan

Cerita lagenda ini berasal dari masyarakat Kinabatangan. Menurut lagenda, manusia dan buaya boleh hidup bersama sepanjang sungai Kinabatangan. Mereka berkongsi sungai yang sama dan penghidupan mereka sangat aman malah tiada masalah.

Sungai Kinabatangan.

Seekor buaya putih merupakan ketua segala buaya di sungai itu. Buaya ini, iaitu Terrunggari, dihormati oleh semua buaya mahupun manusia. Terrunggari mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan manusia dan sentiasa dirujuk jika manusia dan buaya mempunyai percanggahan untuk mendapatkan jalan penyelesaian.

Gambar sekadar hiasan.

Pada suatu hari, Terrunggari melakukan perbuatan yang sangat aneh iaitu menculik seorang budak lelaki ketika budak itu bermandi manda di sungai. Kejadian itu mengejutkan penduduk tetapi mereka tak mampu nak buat apa-apa kerana Terrunggari adalah seekor buaya yang bersaiz besar.

Dalam ketakutan, mereka hanya mampu melihat budak itu dibawa pergi oleh Terrunggari ke sebuah lokasi yang tidak ketahui.

Dipercayai membaham budak itu tetapi rupa-rupanya…

Disebalik pemahaman penduduk kampung bahawa budak itu telah dibaham Terrunggari, Terrunggari hanya membawa budak itu ke sebuah batu dan meletakkannya di atas batu tersebut.

Budak itu langsung tidak dicederakan dan sangat dijaga oleh Terrunggari. Ketika ditanya mengapa dia diambil, Terrunggari berkata budak itu akan berperanan sebagai saksi pertarungannya dengan seekor buaya bernama Berlintang.

Berlintang merupakan buaya air masin dan tak kurang gagahnya mendominasi kawasan air masin. Dia juga dikatakan ketua buaya air masin di kawasan Kinabatangan dan sentiasa ditakuti kerana keganasannya. Dia juga gemar memakan haiwan serta manusia jika mempunyai peluang.

Berlintang adalah seekor buaya air masin.

Musuh ketat Terrunggari

Berlintang bermusuh dengan Terrunggari kerani dia tak dapat meluaskan kawasannya melampaui Sungai Kinabatangan yang berair tawar.

Oleh kerana mahu meluaskan kawasannya, Berlintang mencabar Terrunggari untuk bertarung. Cabaran Berlintang kemudian disahut oleh Terrunggari kerana dia perlu menjaga maruahnya sebagai ketua buaya di Sungai Kinabatangan.

Terrunggari kemudian memberikan tugas kepada budak lelaki terbabit untuk menjadi saksi pertarungan mereka dan berpesan kepada budak itu untuk memerhati buih yang membuak di kawasan pertempuran kedua-dua buaya itu. Jika darah putih muncul, ia akan bermakna Terrunggari telah kalah dan budak itu harus beredar dengan segera untuk memberitahu setiap ketua penduduk kampung yang tinggal di persisiran sungai agar tidak mendekati sungai lagi.

Hal ini kerana jika Berlintang menguasai sungai Kinabatangan, haiwan mahupun manusia akan menjadi sasaran makanannya.

Gambar sekadar hiasan.

Pertempuran antara dua buaya gagah

Setelah tibanya waktu untuk kedua-dua buaya besar dan gagah itu untuk bertempur, budak itu duduk melihat sebagai saksi.

Akhirnya, darah merah muncul dipermukaan air. Budak itu lalu berdiri dan menyaksikan pertarungan itu lalu menyedari bahawa Terrunggari telah menang kerana darah merah itu milik Berlintang.

Darah merah atas permukaan air bermaksud Terrunggari telah menang pertempuran itu.

Dengan kemenangan Terrunggari, Sungai Kinabatangan sekali lagi menjadi aman damai dengan manusia dan buaya yang hidup bersama di sungai.

Ia dipercayai bahawa Terrunggari dikalahkan Berlintang pada suatu ketika lepas itu kerana kini buaya di Sungai Kinabatangan sudah menyasarkan manusia sebagai makanan. Sejauh mana kepercayaan ini benar tidak diketahui kerana ia hanya lagenda mitos dan kisahnya diturunkan secara lisan dari generasi ke generasi di kalangan masyarakat yang menghuni Sungai Kinabatangan.

Dan begitulah kisah Terrunggari, seekor buaya putih bersaiz besar dan lagenda di kalangan masyarakat Kinabatangan – demi mempertahankan sungainya serta memastikan penduduk dan buaya lain di sungai Kinabatangan selamat dari ancaman, dia sanggup bertempur dengan Berlintang sehingga dia muncul sebagai pemenang!

Lagi di sini:

Kedung BK 14 September 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Next Article Seorang Lelaki Diberkas Memiliki Senapang Berpeluru Dan Bahagian Hidupan Liar Yang Ditemui Di Rumahnya Di Sibu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri

9 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat

8 Ogos 2022
Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai
Cerita Borneo

Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai

8 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ketahui 5 Makam Yang Terkenal Di Sarawak Dan Kisah Disebalik Mereka

8 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?