• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Laksana Selama 4 Hari Raya Ini, Alexander Arah Hentikan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Serta Merta

Oleh
Nazihah AN
19 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Laksana Selama 4 Hari Raya Ini, Alexander Arah Hentikan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Serta Merta

Kementerian pengangkutan larang pemanduan lori pengangkutan di jalan raya pada musim perayaan 2023.

Laksana Selama 4 Hari Raya Ini, Alexander Arah Hentikan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Serta Merta. Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pelaksanaan road-ban pada kenderaan barangan sebelum dan selepas perayaan Aidilfitri untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan kesesakan lalu lintas.

Road-ban ini akan dikuatkuasakan pada tahun ini (2023) bersama-sama dengan perintah penurunan had laju kebangsaan dan had laju tempatan di seluruh Malaysia.

Laksana Selama 4 Hari Raya Ini, Alexander Arah Hentikan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Serta Merta
Laksana Selama 4 Hari Raya Ini, Alexander Arah Hentikan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Serta Merta

Diharapkan semua pemandu mengambil maklum akan larangan ini

Larangan ini melibatkan lori pembawa dan lori jongket yang muatannya melebihi 7.5 tan, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor, kecuali digunakan untuk operasi kecemasan dan menyelamat.

Road-ban juga akan dikenakan pada lori yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.

Selain itu, lori kontena yang mengangkut barangan akan dikenakan road-ban dari pukul 12 tengah malam hingga 8 pagi, kecuali jika mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya.

Saya telah mengarahkan semua kerja-kerja penyelenggaraan jalan DIHENTIKAN SERTA MERTA. Arahan ini BERKUATKUASA bermula 18 April hingga 7 Mei 2023 bagi memastikan kelancaran lebuhraya di musim perayaan ini. https://t.co/j4GuZ8vciH

— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) April 18, 2023
Laksana Selama 4 Hari Raya Ini, Alexander Arah Hentikan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Serta Merta

Larangan juga dikenakan kepada lori kargo yang mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya.

Lori kargo tanpa muatan, lori yang mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah juga akan dikenakan masa larangan tersebut.

Sementara itu, kren bergerak dan lori pembancuh simen akan dikenakan had masa operasi yang dibenarkan di atas jalan tertentu dari pukul 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan.

Laksana Selama 4 Hari Raya Ini, Alexander Arah Hentikan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Serta Merta

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Oleh itu, diharapkan semua pemandu mengambil maklum akan larangan ini dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan jalan raya dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

TERKINI: PM Anwar Ibrahim Umum 4 Berita Baik Sempena Raya Aidilfitri 2023
TERKINI: Abang Jo Umum Tiada Bonus Untuk Raya Tahun Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jurutera China Dalam Perlindungan Polis Lepas Hina Islam, Kata Pekerja ‘Lembab’ Sebab Berpuasa
Next Article Doktor Di Sabah Didakwa Melakukan Gangguan Seksual, Sampai Ada Pesakit Mengandung

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?