• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Dan Indonesia Bincang Semula Laluan Udara Kuching-Pontianak, Cadang Laluan Ke IKN

Oleh
Farisha
25 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Terbang Terus ke Ibu Kota Baru Indonesia? Cadangan Laluan Kuching-Balikpapan Mula Dibincang

Sarawak Dan Indonesia Bincang Semula Laluan Udara Kuching-Pontianak, Cadang Laluan Ke IKN. Hubungan dua hala antara Sarawak dan Indonesia dilihat terus kukuh apabila perbincangan berkaitan pengaktifan semula laluan udara Kuching-Pontianak kembali hangat dibincangkan.

Perkara ini diketengahkan dalam kunjungan hormat serta lawatan perpisahan oleh Konsul Jeneral Indonesia yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Raden Sigit Witjaksono, kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak Dan Indonesia Bincang Semula Laluan Udara Kuching-Pontianak, Cadang Laluan Ke IKN
Sarawak Dan Indonesia Bincang Semula Laluan Udara Kuching-Pontianak, Cadang Laluan Ke IKN. Gambar hiasan.

Laluan Baru Ke Balikpapan Dalam Perancangan

Menariknya, selain membangkitkan semula laluan ke Pontianak, Raden Sigit turut mencadangkan laluan udara baharu dari Kuching ke Balikpapan, Kalimantan Timur – lokasi berhampiran ibu kota baharu Indonesia, Nusantara (IKN).

Cadangan ini selari dengan pembangunan pesat Nusantara dan usaha memperkukuhkan hubungan rentas sempadan antara kedua-dua wilayah.

“Premier menyambut baik cadangan ini dan berharap ia dapat direalisasikan dalam masa terdekat bagi meningkatkan hubungan antara Kalimantan dan Sarawak,” menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sarawak.

Tiga Tahun Perkhidmatan Penuh Makna

Raden Sigit yang akan menamatkan tugas pada 30 April ini turut merakamkan penghargaan terhadap kerjasama erat yang terjalin sepanjang tiga tahun beliau berkhidmat di Sarawak.

“Kerjasama Indonesia dan Sarawak sangat baik, terutama dua tahun kebelakangan ini — banyak inisiatif ekonomi dan sosio-budaya berjaya dilaksanakan bersama,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa hubungan dua hala ini akan terus diperkukuhkan oleh penggantinya kelak.

Fokus Tenaga: Bekalan Hidroelektrik Dari Sarawak ke Kalimantan

Selain soal penerbangan, satu lagi topik penting yang dibincangkan adalah kerjasama dalam sektor tenaga, khususnya membabitkan bekalan tenaga hidro dari Sarawak ke Kalimantan Barat.

“Kerjasama ini adalah strategi penting yang memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak,” jelas Raden Sigit.

Pilihan Raya Indonesia: Sarawak Dipuji Atas Sokongan

Dalam pada itu, beliau turut menghargai sokongan kerajaan Sarawak dalam membantu pelaksanaan pilihan raya Indonesia tahun lalu.

“Dengan 52 pusat mengundi di Sarawak, proses pilihan raya berjalan lancar hasil kerjasama baik dengan pihak berkuasa tempatan,” tambah beliau.

Raden Sigit dijangka kembali ke Jakarta untuk meneruskan tugas di Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia, dan menyatakan komitmennya untuk memastikan penggantinya akan terus memperkukuhkan hubungan strategik antara Indonesia dan Sarawak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tingkatkan Peluang Ekonomi, Syarikat Penerbangan Digesa Buka Laluan Baru Antara Sarawak Dan Nusantara
Bakal Terbang Ke Afrika, AirAsia X Buka Laluan Baru Kuala Lumpur Ke Nairobi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Sekolah Di Kinabatangan Ditutup Sementara Akibat Kes HFMD
Next Article Pembinaan Kompleks Sukan Sook Sabah Dijangka Bermula Tahun Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?