• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lampu Trafik Rosak Di Simpang Thompson Corner Satok, Lelaki Ini Sanggup Turun Jadi Warden

Oleh
Ismail NA
10 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

#OrangBaikRamaiSayang

Lampu Trafik Rosak Di Simpang Thompson Corner Satok, Lelaki Ini Sanggup Turun Jadi Warden. Apabila berlaku kejadian lampu trafik rosak, pasti akan berlaku aliran trafik yang sesak di jalan raya akibat keluar masuk kereta yang tidak menentu di persimpangan. Akibatnya, urusan perjalanan yang sepatutnya menjadi pendek bertukar menjadi sebuah perjalanan yang panjang dan memenatkan. Namun demikian, seorang lelaki dilihat sanggup turun secara sukarela ke tengah persimpangan untuk menjaga aliran trafik disebabkan lampu trafik yang rosak.

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Joshua Lim, lelaki ini dilihat mengawal aliran keluar masuk kereta di persimpangan Jalan Badruddin (berhadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak) dengan keadaan masih memakai helmet. Kejadian tersebut berlaku sekitar waktu tengah hari ini tadi.

Terbaik!! Kat pasar satok thompson corner simpang empat!! Nang Steady kau bro!! Traffic light rosak nya jadi warden (CITIZEN SARAWAKIAN)! OOHAAA! Bait ati lak mesti ada rezeki akan dtg 🙇‍♂️🙇‍♂️

Posted by Joshua Lim on Monday, March 9, 2020

” Terbaik!! Dekat Pasar Satok Thompson Corner Simpang Empat!!
‘Nang Steady’ Kau Bro!!
Traffic light rosak dia jadi warden
(CITIZEN SARAWAKIAN)!
OOHAAA!
Baik hati nanti mesti ada rezeki yang datang 🙇‍♂️🙇‍♂️”

Muat naik video ini juga turut ditulis dengan kapsyen yang memuji tindakan lelaki tersebut dan menggambarkan kemuliaan hati warga Sarawak.

Apa Yang Penting, Kerjasama!

Dalam pada masa yang sama, turut kelihatan ialah petugas yang sedang berusaha membaiki lampu trafik tersebut. Namun, usaha lelaki ini wajar dipuji kerana beliau sanggup meletakkan motorsikal di pinggir jalan dan membantu menjaga aliran trafik bagi memudahkan urusan pengguna jalan raya yang melalui persimpangan tersebut. Bukan mudah untuk turun secara sukarela dan menjadi perantara kepada pelbagai jenis kenderaan di jalan raya. Apatah lagi dengan kerenah pemandu yang pelbagai. Mujurlah para pemandu memberi kerjasama yang baik kepada lelaki ini dan mematuhi tanda isyarat yang diberikan. Tahniah kitak orang semua!

Lampu Trafik Rosak Di Simpang Thompson Corner Satok, Lelaki Ini Sanggup Turun Jadi Warden
Lampu Trafik Rosak Di Simpang Thompson Corner Satok, Lelaki Ini Sanggup Turun Jadi Warden

Sikap sebegini seharusnya menjadi teladan dan pedoman kepada kita semua. Mungkin kita tidak mengetahui apa yang telah dilalui oleh lelaki ini sepanjang perjalanan beliau pada hari ini, namun satu perkara yang pasti. Buat baik dibalas baik, bro.

Adakah anda sempat melihat kejadian ini? Jika anda sempat melihatnya dari sudut yang berbeza, kongsikan momen tersebut di ruangan komen.

Benarlah kata orang, #OrangBaikRamaiSayang

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Jadi Keyboard Warrior Kecam Agama Islam Dan Kristian, Lelaki Ini Diberkas Polis Di Tabuan.
Next Article 6 Orang Lagi Positif COVID-19 Di Brunei, 7 Kes Keseluruhan Dalam 2 Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?