• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JPJ Sarawak Tegas Pantau Pengguna Jalan Raya Langgar Peraturan Cermin Gelap

Oleh
Husna Hazmi
11 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

JPJ Sarawak bakal mengambil tindakan tegas kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan ini

JPJ Sarawak Tegas Pantau Pengguna Jalan Raya Langgar Peraturan Cermin Gelap. Dilaporkan, melalui Ops Cahaya, pihak JPJ Sarawak akan memantau dan ambil tindakan terhadap pemandu yang ingkar di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Jadi, kalau anda rasa boleh lepas guna cermin gelap ikut suka hati, fikir balik!

JPJ Sarawak Tegas Pantau Pengguna Jalan Raya Langgar Peraturan Cermin Gelap
JPJ Sarawak Tegas Pantau Pengguna Jalan Raya Langgar Peraturan Cermin Gelap. Sumber gambar: Malaysiakini

Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, mengingatkan walaupun kerajaan bagi kelonggaran guna cermin gelap bersyarat, ramai masih gagal mengikut peraturan yang ditetapkan. Peraturan sekarang membenarkan:

  • 70% ketelusan cahaya untuk cermin hadapan,
  • 50% ketelusan cahaya untuk cermin sisi hadapan kiri dan kanan,
  • Tiada had ketelusan untuk cermin sisi penumpang dan cermin belakang.

Baru-baru ni, JPJ Sarawak telah melancarkan Ops Cahaya di Jalan Marina Utama, Miri, dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa JPJ Miri dan Stesen Penguatkuasa JPJ Skaloh. Turut serta, Norizan Jili, Timbalan Pengarah Nor Azlan Ibrahim, dan Ketua Seksyen Operasi Saifullah Ali.

JPJ Sarawak Tegas Pantau Pengguna Jalan Raya Langgar Peraturan Cermin Gelap
Sumber gambar: iMotorbike News

65 notis dikeluarkan

Hasil daripada operasi, 65 notis ketidakakuran dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang tidak mengikut peraturan.

Menurut Norizan, operasi ini fokus kepada kesalahan cermin gelap yang melampau. Selain salah dari segi undang-undang, cermin gelap yang berlebihan boleh membahayakan pemandu, terutama waktu malam atau hujan lebat mengakibatkan pandangan jadi kabur.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Pegawai TV Dan Wanita Disyaki Dalang Penyelewengan RM17 Juta
Miri Sasar Ingin Pecah Rekod Dunia Guinnes Dengan Projek EcoBrick Terbesar
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miri Sasar Ingin Pecah Rekod Dunia Guinnes Dengan Projek EcoBrick Terbesar
Next Article Stesen TV Tempatan Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Isu Tangkapan Ke Atas Pegawai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?