• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Langgar SOP Masa Umum Calon, Ibu Pejabat PBB Di Kuching Didenda RM20,000

Oleh
Husna Hazmi
14 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kompaun tersebut dikeluarkan pada 7 Disember yang lalu.

Langgar SOP Masa Umum Calon, Ibu Pejabat PBB Di Kuching Didenda RM20,000. Dilaporkan bahawa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM20,000 kepada ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Sarawak.

Langgar SOP Masa Umum Calon, Ibu Pejabat PBB Di Kuching Didenda RM20,000
Langgar SOP Masa Umum Calon, Ibu Pejabat PBB Di Kuching Didenda RM20,000

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata kompaun tersebut telah dikeluarkan pada 7 Disember 2021

“Kompaun dikeluarkan selepas parti tersebut didapati gagal mengamalkan penjarakan sosial semasa penamaan calon pada 3 Disember 2021 di ibu pejabat parti,” kata beliau.

Beliau juga berkata bahawa laporan polis telah dibuat oleh KKM pada 8 Disember lalu di balai polis Gita, Kuching. Setakat ini, enam kompaun berjumlah RM31,000 telah dikeluarkan dan salah satu daripadanya adalah terhadap PBB kerana melanggar SOP pilihan raya antara 6 hingga 12 Disember 2021.

Pada 6 Disember pula, kompaun berjumlah RM4,000 telah dikeluarkan kepada Datuk Ali Biju di Krian setelah 150 orang penyokong beliau gagal mematuhi penjarakan sosial di dewan penamaan calon.

Langgar SOP Masa Umum Calon, Ibu Pejabat PBB Di Kuching Didenda RM20,000

Pengurus bilik gerakan sebuah parti di Muara Tuang dikompaun RM4,000

Seorang lagi individu pula telah dikompaun RM4,000 adalah pengurus bilik gerakan sebuah parti di Muara Tuang pada 8 Disember lalu. Pada 10 Disember pula, calon Bukit Saban Mikail Mathew Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan melanggar SOP di bilik gerakan parti.

Pada hari yang sama, kompaun RM1,000 turut dikeluarkan kepada penganjur kempen politik di Rumah Panjang Thomas Lamit di Krian kerana gagal mengamalkan penjarakan sosial. Pihak terbabit tidak didedahkan.

Pada 12 Disember lalu, bilik gerakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Ngemah pula telah dikenakan kompaun RM1,000 apabila tiada penjarakan sosial diamalkan oleh anggota parti.

Perbezaan jumlah kompaun tersebut adalah mengikut pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342) pada 9 Disember, apabila kompaun maksimum ditetapkan pada RM1,000.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tarikan Baharu, Kolam Renang MBKS Bakal Dibangun Semula Menjadi Taman Tema Air Kuching Tarikan Baharu, Kolam Renang MBKS Bakal Dibangun Semula Menjadi Taman Tema Air Kuching
Next Article Biawak Masuk Kedai Di Mukah Mencetuskan Panik, Lelaki Ini Dengan Beraninya Membalingkannya Ke Dalam Sungai Biawak Masuk Kedai Di Mukah Mencetuskan Panik, Lelaki Ini Dengan Beraninya Membalingkannya Ke Dalam Sungai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?