• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perlukan Penguatkuasaan Tegas, Larangan Paparan Rokok Dan Vape Bermula 1 April Ini

Oleh
Husna Hazmi
16 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Larangan ini berkuatkuasa di Sarawak dan Semenanjung Malaysia

Perlukan Penguatkuasaan Tegas, Larangan Paparan Rokok Dan Vape Bermula 1 April Ini. Dilaporkan, mulai 1 April 2024, semua premis makan dan kedai runcit di Sarawak dan Semenanjung Malaysia dilarang mempamerkan produk tembakau dan vape, semuanya perlu disimpan dalam kabinet tertutup.

Tapi, Datuk Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), beri amaran jika tiada penguatkuasaan ketat, larangan ini mungkin tidak memberi kesan sebenar!

Perlukan Penguatkuasaan Tegas, Larangan Paparan Rokok Dan Vape Bermula 1 April Ini
Perlukan Penguatkuasaan Tegas, Larangan Paparan Rokok Dan Vape Bermula 1 April Ini. Sumber gambar: The Borneo Post

Langkah baik untuk kesihatan awam

“Undang-undang ini memang langkah baik untuk kesihatan awam, tapi kalau tiada penguatkuasaan betul, ia mungkin jadi sekadar peraturan atas kertas saja,” katanya dalam sesi ShallWeeTalk hari ini.

Wee membangkitkan kebimbangan kerana larangan merokok di kedai kopi pun masih sering dilanggar. Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan peraturan ini kecuali diberi kuasa khas.

Beliau menggesa kerjasama lebih erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan Sarawak untuk pastikan larangan ini benar-benar dipatuhi.

Perlukan Penguatkuasaan Tegas, Larangan Paparan Rokok Dan Vape Bermula 1 April Ini
Sumber gambar: Berita Harian

Wee juga turut mempersoalkan keberkesanan sekadar menyembunyikan rokok di rak tertutup, kerana perokok masih tahu di mana nak beli.

“Masalah sebenar, patutkah produk rokok dijual dekat kawasan larangan merokok? Ini boleh menjejaskan keberkesanan dasar ini.”

Beliau mencadangkan supaya kerajaan menambah anggota penguatkuasaan atau memperkasakan agensi lain untuk memastikan peraturan ini bukan sekadar kosmetik.

“Yang penting, hasilnya. Kalau masih ada masalah, kerajaan perlu kaji semula dan cari penyelesaian yang lebih berkesan,” tegasnya.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Nelayan Sarawak Ini Tangkap Ikan Tapah Gergasi Seberat 36kg Di Sungai Katibas
Pemandu Forklift 70 Tahun Maut Dekat Tempat Kerja Di Pending
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nelayan Sarawak Ini Tangkap Ikan Tapah Gergasi Seberat 36kg Di Sungai Katibas
Next Article Tiga Pusat Hemodialisis Baharu Bernilai RM15 Juta Bakal Dibina Di Betong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?