• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih 1,000 Guru Baharu Akan Bertugas Di Sarawak

Oleh
Farisha
12 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lebih 1,000 Guru Baharu Siap Sedia Berkhidmat di Sarawak

Lebih 1000 Guru Baharu Akan Bertugas Di Sarawak. Lebih 1,000 guru baharu bakal memulakan tugas di Sarawak selepas keputusan Temuduga Pengambilan Guru 2024 (pasaran terbuka) dan Pengambilan Khas Sarawak diumumkan semalam.

Menurut laporan TVS, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menawarkan lantikan kepada 7,645 calon menerusi kedua-dua inisiatif pengambilan tersebut. Daripada jumlah ini, 1,372 calon telah ditempatkan di Sarawak.

Lebih 1000 Guru Baharu Akan Bertugas Di Sarawak
Lebih 1000 Guru Baharu Akan Bertugas Di Sarawak. Gambar sekadar hiasan.

“Langkah ini telah membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencapai kadar penempatan guru sebanyak 98.06% di Sarawak,” kata Fadhlina, menurut laporan media tempatan.

Sarawak Jadi Tumpuan Penempatan Guru

Fadhlina turut menjelaskan bahawa sepanjang tahun ini sahaja, KPM telah menempatkan seramai 13,749 guru baharu menerusi pelantikan tetap dan kontrak perkhidmatan (CoS) untuk sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,697 guru baharu telah ditempatkan di Sarawak, menjadikannya salah satu negeri dengan pengambilan guru tertinggi pada tahun ini,” tambahnya lagi.

Penyelesaian Kekurangan Guru di Sarawak

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha proaktif KPM untuk menangani isu kekurangan guru yang sekian lama menjadi cabaran di Sarawak. Dengan kadar penempatan yang hampir sempurna, ia diharapkan dapat memperkukuhkan mutu pendidikan di negeri tersebut.

Namun, ramai juga yang tertanya-tanya, apakah langkah tambahan yang bakal diambil oleh KPM untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan sepenuhnya dalam jangka masa panjang? Adakah akan ada lebih banyak insentif untuk menarik minat guru-guru dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak?

Dengan penempatan ini, satu perkara yang pasti, masa depan pendidikan anak-anak Sarawak kini berada di landasan yang lebih baik. Kita nantikan perkembangan lanjut dari KPM dalam usaha mereka memartabatkan pendidikan di negeri Bumi Kenyalang ini.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai jawatan guru di Sarawak:

Lebih 2000 Jawatan Guru Masih Kosong Di Sarawak, Ini Tindakan KPM
Utamakan Anak Tempatan Untuk Jawatan Guru Di Sarawak, Nafi Sentimen Anti-Semenanjung

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Komited Bangunkan Bakat Seni Persembahan Dengan Pembukaan Pusat Baharu
Next Article Jurutera JKR Dibebaskan Dengan Jaminan Dalam Siasatan Rasuah RM250 Juta Jurutera JKR Dibebaskan Dengan Jaminan Dalam Siasatan Rasuah RM250 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?