• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Lebih 3.6 Juta Penduduk Tiada Akses Air Mencukupi, Sebahagian Dunia Semakin Kering

Oleh
ILB - AI
1 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kering kontang tiada akses air

Lebih 3.6 Juta Penduduk Tiada Akses Air Mencukupi, Sebahagian Dunia Semakin Kering. Lebih 3.6 juta orang di seluruh dunia dilaporkan tidak mempunyai akses bekalan air mencukupi dengan sebahagian besar kawasan semakin mengering, lapor agensi berita United Press International.

Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) mengeluarkan laporan dedah banyak kawasan lebih kering berbanding kebiasaan pada 2021 mengambil kira faktor kejadian banjir, kemarau dan aliran sungai di seluruh dunia.

Difahamkan menurut laporan itu, ia berlaku disebabkan perubahan iklim dan fenomena La Nina.

Lebih 3.6 Juta Penduduk Tiada Akses Air Mencukupi, Sebahagian Dunia Semakin Kering
Lebih 3.6 Juta Penduduk Tiada Akses Air Mencukupi, Sebahagian Dunia Semakin Kering

Perubahan iklim dan fenomena La Nina

Impak perubahan iklim dapat dilihat menerusi insiden kemarau lebih kerap, banjir ekstrem dan musim hujan yang tidak menentu serta glasier yang mencair lebih pantas. Ini semua memberi kesan kepada ekonomi, ekosistem dan semua aspek kehidupan kita.

Ketua Setiausaha WMO, Petteri Taalas.

Namun, pemahaman mengenai perubahan edaran, kuantiti dan kualiti sumber air bersih masih belum mencukupi

Ketua Setiausaha WMO, Petteri Taalas.

Dalam laporan sama, kawasan bumi dengan aliran sungai di bawah kadar purata adalah dua kali ganda lebih banyak daripada kawasan di atas purata dibandingkan dengan purata 30 tahun.

Ketua Setiausaha WMO, Petteri Taalas. Kredit foto: WMO

Kawasan yang semakin kering kini di Rio de la Plata di Amerika Selatan dan lembangan sungai di negeri Colorado, Missouri serta Mississippi di Amerika Syarikat.

Selain itu, simpanan air semula jadi di dalam kanopi, salji dan air di bawah permukaan berada di bawah kadar purata berbanding tempoh masa 2002 hingga 2020.

Antara rantau yang memiliki kadar simpanan air yang rendah seperti AS, bahagian tengah Amerika Selatan, Patagonia, Afrika Selatan, Afrika Utara dan Madagascar, Asia Tengah dan Asia Barat, Pakistan serta India Utara.

SUMBER :UPI Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suka Akan Tekstur Ulat Mulong, Tiktok Wanita Dari US Ini Tarik Perhatian Netizen Borneo Ulat Mulong Rasa Macam Rumput, Tiktok Wanita Dari US Ini Tarik Perhatian Netizen Borneo
Next Article Hasilkan Sistem Parkir Pintar, Anak Sarawak Juara Shell NXplorers Malaysia Hasilkan Sistem Parkir Pintar, Anak Sarawak Juara Shell NXplorers Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?