• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih 700 Lokasi Di Pedalaman Sarawak Bakal Nikmati Rangkaian Jalur Lebar 4G

Oleh
Aina Musa
3 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Lebih 700 Lokasi Di Pedalaman Sarawak Bakal Nikmati Jalur Lebar Berkelajuan 4G

Penduduk pedalaman bakal nikmati jalur lebar 4G melalui Pelan JENDELA

Lebih 700 Lokasi Di Pedalaman Sarawak Bakal Nikmati Rangkaian Jalur Lebar 4G. Peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak meningkat kepada 82.84 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 73.67 peratus sebelum pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 (2020-2022).

Lebih 700 Lokasi Di Pedalaman Sarawak Bakal Nikmati Rangkaian Jalur Lebar 4G
Lebih 700 Lokasi Di Pedalaman Sarawak Bakal Nikmati Jalur Lebar Berkelajuan 4G. Sumber: Utusan Borneo

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata setakat suku kedua 2022, sebanyak 91 tapak menara baharu telah dibina di negeri itu, manakala 3,082 naik taraf stesen pemancar dan 523 jalur lebar satelit disiapkan dan 79,766 premis tersedia dengan gentian optik.

Merangkumi kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak

“Penambahbaikan liputan ke seluruh negara termasuklah di kawasan luar bandar dan pedalaman akan diteruskan melalui Pelan JENDELA Fasa 2 (2023-2025),” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) mengenai komitmen kementerian berkenaan dalam memastikan liputan jalur lebar yang menyeluruh dan stabil di kawasan pedalaman Sarawak dapat direalisasikan.

Zahidi berkata kesemua inisiatif itu melibatkan peruntukan kerajaan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pelaburan komersial oleh syarikat pemberi perkhidmatan melebihi RM4 bilion di Sarawak.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sejumlah RM2.12 bilion telah siap dilaksanakan manakala baki RM1.9 bilion lagi dalam peringkat pelaksanaan.

Pelan Jendela bakal dilaksanakan dalam 2 fasa

Zahidi berkata selain pembinaan menara-menara telekomunikasi melalui projek Pelan JENDELA dan satelit, pihak kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP).

Menurutnya secara keseluruhan, Projek PoP Fasa 1 akan melibatkan 630 lokasi dan Fasa 2 pula meliputi 3,693 lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara, sementara jumlah PoP secara keseluruhan di Sarawak adalah sebanyak 741.

“Daripada jumlah tersebut, lima kawasan berhampiran sekolah luar bandar di Parlimen Serian dan satu kawasan di Parlimen Betong akan terlibat dengan pelaksanaan PoP Fasa 1 manakala bagi Fasa 2 pula sebanyak 31 di Parlimen Serian dan 20 di Parlimen Betong,” katanya.

Lagi artikel menarik di sini:

Dua Menara Telekomunikasi Dibina, Warga Tanjung Manis Bakal Nikmati Internet Berkelajuan Tinggi
Luang Masa Hujung Minggu, 5 Tempat Dating Di Kuching Yang Anda Wajib Singgah

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Hal Lagi, Noh Hujan Dikecam Netizen Meludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert
Next Article Ayah Luah Rasa Terkejut Budak Darjah 4 Buli Anaknya Hanya Kerana Hasad Dengki

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?