• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih 80% Kursus Pendidikan Ditawarkan Secara Percuma Di Sarawak Tahun Hadapan

Oleh
Farisha
28 Mei 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Yuran Percuma, Masa Depan Terjamin? Ini Senarai Universiti & Kursus Terlibat Di Sarawak

Lebih 80% Kursus Pendidikan Ditawarkan Secara Percuma Di Sarawak Tahun Hadapan. Pelajar di Sarawak bakal menikmati berita baik apabila lebih 80 peratus kursus di institusi pengajian tinggi milik negeri akan ditawarkan secara percuma bermula tahun hadapan. Inisiatif ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Dr Annuar Rapaee.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk membina tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam kalangan anak Sarawak.

Lebih 80% Kursus Pendidikan Ditawarkan Secara Percuma Di Sarawak Tahun Hadapan
Lebih 80% Kursus Pendidikan Ditawarkan Secara Percuma Di Sarawak Tahun Hadapan

Pecahan Kursus Percuma Mengikut Universiti

Dr Annuar turut berkongsi perincian jumlah kursus percuma di tiga universiti utama milik negeri Sarawak:

  • Swinburne University of Technology Sarawak (Swinburne): 22 daripada 25 kursus ditawarkan secara percuma (88%)
  • Universiti Teknologi Sarawak (UTS): 15 daripada 18 kursus (83.3%)
  • Curtin University Malaysia (Curtin): 21 daripada 28 kursus (75%)

Secara keseluruhan, sebanyak 82% kursus yang ditawarkan oleh ketiga-tiga universiti ini akan bebas daripada bayaran yuran pengajian.

“Ini hampir mencapai 100 peratus,” jelas Dr Annuar ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, Chong Chieng Jen, berkenaan mengapa semua kursus tidak diberikan secara percuma.

Fokus Kepada Bidang Berkemahiran Tinggi

Menurut Dr Annuar, pelaksanaan dasar ini dirancang dengan teliti untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam bidang berkemahiran tinggi, terutamanya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta disiplin profesional lain.

Beliau juga menegaskan bahawa ramai graduan yang menganggur datang daripada bidang kemanusiaan kerana mereka tidak ditawarkan program yang menjadi pilihan utama semasa permohonan melalui sistem UPU.

Kajian ringkas MEITD menunjukkan bahawa sehingga 80% pelajar Sarawak tidak mendapat tempat dalam kursus pilihan pertama mereka. Ramai daripada mereka terpaksa menerima tawaran bagi kursus pilihan ke-7 atau ke-8, yang mungkin kurang menawarkan peluang pekerjaan.

Pilihan Alternatif Melalui Universiti Milik Negeri

Bagi pelajar yang tidak ditawarkan tempat dalam kursus pilihan mereka melalui UPU, Dr Annuar menyarankan agar mereka memohon ke institusi milik negeri, yang kini menawarkan program percuma sebagai laluan alternatif berdasarkan keperluan pasaran kerja di Sarawak.

“Kami mahu menyediakan sesuatu yang boleh menjamin masa depan yang lebih baik. Sebab itulah hanya kursus tertentu ditawarkan secara percuma,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Senarai Terbuka Untuk Dikemaskini

Buat masa ini, terdapat 64 kursus percuma yang ditawarkan, namun senarai ini tidak muktamad dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan, kebolehpasaran graduan dan input daripada pakar akademik dan industri.

Segala cadangan penambahan kursus akan melalui proses penilaian pelbagai peringkat, termasuk oleh institusi bebas seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebelum diluluskan oleh Kabinet Negeri.

Walaupun tiada ikatan kontrak dikenakan kepada pelajar yang menerima tawaran ini, Dr Annuar menegaskan bahawa langkah pengawasan akan diwujudkan untuk mengelakkan penyalahgunaan dasar ini.

Isu Dibangkitkan: RM100 Juta Untuk Penerbangan, Tapi Pendidikan Percuma Terhad?

Pada 26 Mei 2025, Chong Chieng Jen mempersoalkan keputusan kerajaan negeri memperuntukkan RM100 juta bagi perkhidmatan penerbangan sewa khas, tetapi dalam masa yang sama, skop pendidikan tinggi percuma adalah terhad.

Beliau mencadangkan bahawa sekiranya kerajaan negeri mampu menyediakan bajet untuk penerbangan, sepatutnya tidak menjadi masalah untuk membelanjakan kurang daripada RM150 juta setahun bagi menjadikan semua kursus di universiti milik negeri percuma sepenuhnya.

Walaupun belum semua kursus diberikan secara percuma, inisiatif ini merupakan langkah progresif untuk menyediakan peluang pendidikan lebih luas kepada anak Sarawak, terutamanya dalam bidang yang menjanjikan masa depan kerjaya yang lebih cerah.

Sekiranya anda atau anak anda sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran di Sarawak, inilah masa terbaik untuk meneliti program yang ditawarkan – dan rebut peluang pendidikan tanpa beban yuran.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sarawak Perkenal Kursus Pengurusan Pembinaan Di Bawah Skim Pendidikan Percuma Mulai 2026
Sarawak Umum Pendidikan Percuma, Elaun Tahunan Dan Tuisyen Percuma, Ini Apa Anda Perlu Tahu
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Naik Taraf Kuching Civic Centre Dijangka Siap Awal 2026
Next Article Perkhidmatan Feri Labuan-KK Kembali Beroperasi Selepas 3 Tahun, Promosi Tiket Hingga Ogos

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?