• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Dakwa Peniaga Bazar Ramadan Selamba Teguk Air Waktu Siang, Persoal Keberkatan Rezeki

Oleh
ILB - AI
19 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Lelaki minum air di bazar ramadan, perbuatan yang salah malah tidak menghormati pengunjung

Lelaki Dakwa Peniaga Bazar Ramadan Selamba Teguk Air Waktu Siang, Persoal Keberkatan Rezeki. Seorang lelaki membuat perkongsian di Facebook, mendakwa ternampak seorang penjual pasar Ramadan sedang minum air pada siang hari di Lembah Klang.

“Status ini ditulis pukul 3:05 petang. Penjual air di bazar Ramadan ini selamba minum air. Jelas kelihatan waktu saya parkir motosikal di depan pasar raya berhampiran,” katanya menurut laporan, semalam.

“Kita semua usaha mencari rezeki, sememangnya sangat mencabar dan tiada yang mudah.

Lelaki Dakwa Peniaga Bazar Ramadan Selamba Teguk Air Waktu Siang, Persoal Keberkatan Rezeki
Sumber: Awani

“Berniaga di bulan puasa dengan ujian panas petang yang terik sepatutnya disahut sebagai cabaran untuk diri, bukan dianggap kelemahan untuk ambil kesempatan tak berpuasa.

“KIta mencari rezeki, menjual juadah untuk umat lain berbuka puasa, Alhamdulillah. Tapi jangan pula jadikan itu sebab untuk kita ponteng dan tidak berpuasa,” nasihat lelaki itu.

Bagaimanapun,lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia juga pernah berniaga di pasar malam, tapi tidak pernah mempunyai niat untuk ‘mememcah’ puasa.

Lelaki tersebut turut mengatakan bahawa dia juga pernah bergelar peniaga bazar Ramadan, namun imannya masih mampu untuk terus berpuasa walaupun banyak cabaran yang hidapinya.

“Saya pernah berniaga bazar Ramadan dengan arwah mak ayah saya sejak tahun 1978. Kami jual air kacang soya, aneka bubur dan lauk-pauk.

“Alhamdulillah tak pernah kami ambil kesempatan ponteng puasa. Dengan duit saya dapat tu la saya beli jeans jenama Lee & Levis, kasut Adidas atau Clark dan kemeja Western era 80-an untuk raya.

“Baju Melayu abah bawa tempah dekat tukang jahit bawah flat kami. Saya bercakap melalui pengalaman sendiri sebagai anak peniaga jalanan,” kata lelaki tersebut.

Lelaki Dakwa Peniaga Bazar Ramadan Selamba Teguk Air Waktu Siang, Persoal Keberkatan Rezeki
Sumber: Borneo Post

Pelbagai rekasi dari warga maya

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan walaupun tidak mampu berpuasa, para peniaga atau sesiapa pun tidak boleh minum air secara terbuka di khalayak ramai.

“Kalau tak puasa, tak kira la alasan kesihatan atau lemah Iman tapi jangan la minum di tempat awam, cari la tempat tertutup. Tidak menghormati orang lain yang berpuasa.

“Saya jual ayam golek, pukul tiga petang dah start main api, dahaga memang tahap teruk, kedai sebelah ada air sirap, kalau saya nak teguk air sorok-sorok bawah meja memang boleh sangat.

“Apabila waktu berbuka satu botol air mineral kecil boleh habis sekali teguk. Tapi teringat pesan mak ayah, rezeki Allah bagi, kalau tak puasa macam mana nak dapat keberkatan rezeki Allah.

“Saya pun sama, waktu berniaga bazar Ramadan jiran gerai sebelah memang ada minum air senyap-senyap dalam van, dah jadi kebiasaan,” kata segenlir netizen di Facebook.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan Ramadan:

Sempena Ramadan, Kantin At The Granary Menawarkan Menu Istimewa Briyani Lamb Shank Untuk Anda
Dijamin Halal, Warga Kuching Wajib Cuba ‘Oyster Omelettes’ Di Bazar Ramadan Satok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI Abang Jo Setuju Beri Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Aidilfitri TERKINI: Abang Jo Setuju Beri Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Aidilfitri
Next Article Kesalahan Trafik Dibawa Ke Mahkamah, JPJ Sarawak Pantau 53 Lokasi Jalan Sehingga 27 April Ini Kesalahan Trafik Dibawa Ke Mahkamah, JPJ Sarawak Pantau 53 Lokasi Jalan Sehingga 27 April Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?