I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Lelaki Dari Sabah Ini Bagi Duit KWSP RM10K Kepada Ibunya, Netizen Tersentuh Hati
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Dari Sabah Ini Bagi Duit KWSP RM10K Kepada Ibunya, Netizen Tersentuh Hati

Oleh Kedung BK 19 April 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Lelaki Dari Sabah Ini Bagi Duit KWSP RM10K Kepada Ibunya, Netizen Tersentuh Hati

Siapa lah kita kalau bukan ibu kita

Lelaki Dari Sabah Ini Bagi Duit KWSP RM10K Kepada Ibunya, Netizen Tersentuh Hati. Mungkin anda pernah terdengar pepatah ‘a mother’s love knows no bounds’. Pepatah ini bermaksud kasih sayang seorang ibu tidak mengenal batasan, malam yang panjang atau hari yang memenatkan – kasih sayang seorang ibu akan sentiasa berterusan tanpa syarat.

Bagi ibu ini, dedikasi dan pengorbanannya untuk membesarkan anak-anaknya membuahkan hasil apabila anak bongsunya mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP miliknya semata-mata untuk menyerahkannya sebagai tanda penghargaan kerana membesarkannya – sesuatu perkara yang menyentuh hati netizen.

Lelaki Dari Sabah Ini Bagi Duit KWSP RM10K Kepada Ibunya, Netizen Tersentuh Hati

“KWSP 10K semua aku serah sama mama syurga ku,” – Amran

Semalam, pengguna Facebook Amran X Aminudin, yang berasal dari Sabah, berkongsi di Facebook bahawa beliau telah mengeluarkan RM10K daripada KWSPnya hanya untuk memberi kepada ibunya sebagai tanda penghargaan membesarkannya.

Untuk makluman anda, ahli KWSP kini boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan sehingga RM10,000 sehingga hujung bulan ini dan nampaknya Amran telah menggunakan peluang ini bagi ibunya merasai hasil titik peluhnya selama ini.

Kredit foto: Harian Metro

Pada asalnya, ibunya tidak mahu menerima duit simpanan itu namun Amran berkata bahawa beliau mahu memberi ibunya duit tersebut sekarang daripada bertunggu sehingga beliau bersara.

“Tak apa lah mak, kalau mahu tunggu aku pencen pun, tidak tahu siapa antara kita yang akan jalan dulu,”

jelasnya.

“Saya takut saya tidak dapat bahagiakan mama, sebab itu saya masih rasa tidak puas berbakti kepada mama,” – Amran

Katanya lagi, beliau tidak sabar-sabar ingin memberikan ibunya sebahagian daripada simpanan persaraannya kerana beliau sedar ibunya semakin tua serta menghidap beberapa penyakit yang memerlukan ibunya berubat.

Mengenai keputusannya mengeluarkan RM10K wang simpanan persaraan daripada akaun KWSPnya, beliau berkata RM10K itu tidak bernilai jika dibandingkan dengan pengorbanan dan kasih sayang ibunya membesarkannya sehingga menjadi seorang lelaki seperti sekarang, mampu bekerja dan mencari rezeki.

Malah Amran sempat bergurau dengan mengatakan oleh kerana masih bujang, beliau mahu mengambil kesempatan ini untuk berkongsi duit titik peluh kepada ibunya kerana jika tidak, ia akan menjadi lebih sukar untuk beliau berbuat demikian apabila sudah berkahwin nanti! Amboi!

“Aku masih boleh bekerja mak. Duit KWSP aku masih boleh kumpul kalau Allah panjangkan umur ku. Mama rasalah sikit hasil titik peluhku selama mama membesarkan aku.”

katanya lagi.
Ibu Amran dengan hasil titik peluh Amran selama bertahun-tahun. Kredit foto: FB Amran X Aminudin

Netizen tersentuh hati dengan tindakan lelaki ini

Rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan Amran yang tanpa mementingkan diri memberikan wang simpanan KWSPnya itu kepada ibunya.

Kredit foto: FB Amran X Aminudin
Kredit foto: FB Amran X Aminudin
Kredit foto: FB Amran X Aminudin
Kredit foto: FB Amran X Aminudin
Kredit foto: FB Amran X Aminudin

Betapa kuatnya kasih sayang Amran terhadap ibunya! Semoga ibunya dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta Amran dipermudahkan rezeki agar dapat berkongsi rezekinya kepada ibunya dan orang lain yang memerlukan.

Bagi anda pula yang membaca artikel ini, jangan rasa kecil hati jika anda rasa anda tidak mampu memberi nilai sebesar ini kepada orang tua anda. Yang penting, segala pemberian anda kepada ibu bapa pastikan ikhlas dan sentiasa lakukan yang terbaik untuk membanggakan ibu bapa anda walau sekecil mana pun pencapaian.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petanda Raya Makin Hampir, Netizen Teruja Bazaar Aidilfitri Satok Kembali Dibuka Malam Ini
Next Article [VIDEO] Umpama Aksi Di Mexico, Kenderaan Cuba Lari Dan Ditahan Sempat Dirakam Netizen Di Satok [VIDEO] Umpama Aksi Di Mexico, Kenderaan Cuba Lari Dan Ditahan Sempat Dirakam Netizen Di Satok

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?