• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya Gergasi Ketika Menangkap Ikan Di Sri Aman

Oleh
Aina Musa
13 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya Gergasi Ketika Menangkap Ikan Di Sri Aman

Operasi SAR telah pun dijalankan bagi mengesan mangsa

Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya Gergasi Ketika Menangkap Ikan Di Sri Aman. Seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan menjadi mangsa sambaran seekor buaya gergasi semasa beliau sedang menangkap ikan di tebing sungai Semeruang, Bangkong, kira-kira jam 5 petang semalam (Isnin).

Jurucakap Pusat Gerakan Bomba Sarawak mengesahkan bahawa insiden tersebut dilaporkan oleh tiga rakan yang turut bersama mangsa ketika aktiviti menangkap ikan di lokasi kejadian.

Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya Gergasi Ketika Menangkap Ikan Di Sri Aman. Sumber: Kosmo Digital

“Kejadian berlaku ketika seorang lelaki bersama tiga rakan sedang menangkap ikan di tebing sungai pada jam 5 petang. Jarak dari rumah panjang ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira 40 minit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Berikutan insiden tersebut, satu operasi khas mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan melibatkan tiga kumpulan dalam usaha mencari mangsa, bermula seawal jam 9 pagi hari ini.

Komander Operasi, yang juga Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman PPgB Muhammad Adam Amran menyatakan bahawa lapan anggota daripada BBP Sri Aman turut terlibat dalam operasi tersebut.

“Operasi SAR ini juga melibatkan tiga anggota polis, lima anggota APM, dan kira-kira 20 orang warga kampung,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Kereta Kancil Tayar Besar Di Sarawak, Tapi Nombor Plat Pula Terkena 4D Raih Perhatian Netizen Tular Kereta Kancil Tayar Besar Di Sarawak, Tapi Nombor Plat Pula Terkena 4D Raih Perhatian Netizen
Next Article Pupuk Penguasaan Bahasa Inggeris Di Pedalaman Sabah, Guru Ini Raih Anugerah Berprestij Cambridge Pupuk Penguasaan Bahasa Inggeris Di Pedalaman Sabah, Guru Ini Raih Anugerah Berprestij Cambridge

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?