• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki 25 Tahun Didakwa Miliki Pisau Di Tempat Letak Kereta Lapangan Terbang Kuching

Oleh
Farisha
29 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Miliki Senjata Berbahaya di Kawasan Awam

Lelaki 25 Tahun Didakwa Miliki Pisau Di Tempat Letak Kereta Lapangan Terbang Kuching. Seorang lelaki berusia 25 tahun, Sazri Sakawi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah pisau di tempat awam tanpa tujuan yang sah.

Sazri didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, selain sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Lelaki 25 Tahun Didakwa Miliki Pisau Di Tempat Letak Kereta Lapangan Terbang Kuching
Lelaki 25 Tahun Didakwa Miliki Pisau Di Tempat Letak Kereta Lapangan Terbang Kuching. Sumber foto: Borneo Post

Kejadian di tempat letak kereta lapangan terbang

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sazri didakwa melakukan kesalahan tersebut pada jam 11.50 pagi, 25 April lalu, di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Selepas pertuduhan dibacakan, Sazri membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon agar dibenarkan ikat jamin, dengan alasan isterinya sedang mengandung dan mereka mempunyai seorang anak kecil yang perlu ditanggung.

Tiada jaminan dibenarkan

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Ruvinasini Pandian, memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesalahan tersebut adalah tidak boleh dijamin berdasarkan peruntukan undang-undang.

Hakim Saiful Bahari Adzmi kemudian menetapkan tarikh 27 Mei 2025 untuk pengurusan kes dan mengesahkan bahawa tiada ikat jamin akan diberikan kepada tertuduh. Difahamkan, Sazri hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kanak-Kanak Pengemis Jalanan Di Sabah Bawa Pisau, Netizen Gusar Dengan Situasi Bahaya Ini
Kemalangan Di Lebuhraya Samarahan-Kuching, Pemandu Agresif Ditahan Selepas Acukan Pisau Kepada Polis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Saribas, Hubung Pusa-Beladin Bakal Dirasmi Bulan Mei Ini Jambatan Saribas, Hubung Pusa-Beladin Bakal Dirasmi Bulan Mei Ini
Next Article Kejohanan TYT Muaythai Cup 2025 Kembali Gegarkan Kuching Waterfront

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?