• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Dipenjara 6 Bulan Di Kuching, Ugut Mahu Bunuh Bapa Gara-Gara Ditegur Cari Kerja

Oleh
Aina Musa
12 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Dipenjara 6 Bulan Di Kuching, Ugut Mahu Bunuh Bapa Gara-Gara Ditegur Cari Kerja

Suspek berang tidak diberikan wang oleh bapanya

Lelaki Dipenjara 6 Bulan Di Kuching, Ugut Mahu Bunuh Bapa Gara-Gara Ditegur Cari Kerja. Seorang lelaki berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuching hari ini selepas dia mengaku bersalah mengugut untuk membunuh bapanya berusia 57 tahun dengan parang.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Gibbson Oliver, yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Lelaki Dipenjara 6 Bulan Di Kuching, Ugut Mahu Bunuh Bapa Gara-Gara Ditegur Cari Kerja
Lelaki Dipenjara 6 Bulan Di Kuching, Ugut Mahu Bunuh Bapa Gara-Gara Ditegur Cari Kerja. Sumber: The Borneo Post

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Stampin, BDC di sini kira-kira jam 6.45 petang, 9 Jun lalu.

Berdasarkan fakta kes, Gibbson yang meminta wang daripada bapanya, naik angin selepas dinasihatkan bapanya untuk mendapatkan pekerjaan dan berhenti meminta wang daripadanya.

Gibbson kemudian mengambil parang dan menghunuskannya kepada bapanya bersama-sama dengan mengancam untuk membunuhnya.

Kerana bimbang akan keselamatannya, bapanya segera membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan Gibbson pada 10 Jun.

Susulan penahanannya, Gibbson didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine serta mempunyai dua rekod lampau membabitkan dadah.

Pendakwaan kes oleh Insp Ammarsofi Yusoff manakala Gibbson tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Kastam Sabah Rampas 6 Kontena Arak Bernilai Lebih RM2.74 Juta
23 Premis Judi Dalam Talian Sekitar Kuching Dipotong Bekalan Elektrik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Royal Brunei Airlines Dan Tourism Malaysia Tawar Pakej Pelancongan Murah Ke 3 Lokasi Ini Royal Brunei Airlines Dan Tourism Malaysia Tawar Pakej Pelancongan Murah Ke 3 Lokasi Ini
Next Article Tiada Lagi Sekolah Daif Di Sabah Menjelang 2029, Kini Dalam Proses Baik Pulih Tiada Lagi Sekolah Daif Di Sabah Menjelang 2029, Kini Dalam Proses Baik Pulih

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?