• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Belasah Rakan Hingga Cedera, Lelaki Dari Kuching Bakal Dipenjara Setahun

Oleh
Aina Musa
1 Februari 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Belasah Rakan Hingga Cedera, Lelaki Dari Kuching Bakal Dipenjara Setahun

Mangsa dikatakan cuba meredakan pergaduhan

Belasah Rakan Hingga Cedera, Lelaki Dari Kuching Bakal Dipenjara Setahun. Seorang lelaki yang mengaku bersalah memukul kenalannya dengan menggunakan sebatang kayu akan menerima hukuman pada 9 Mac ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar pengakuan bersalah lelaki berusia 20 tahun itu, yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Belasah Rakan Hingga Cedera, Lelaki Dari Kuching Bakal Dipenjara Setahun

Seksyen ini memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum setahun, atau denda, atau kedua-duanya, sekiranya tertuduh disabitkan kesalahan.

Zubaidah juga memerintahkan agar lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan sementara menunggu keputusan hukuman.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa berusia 28 tahun di depan sebuah restoran di Jalan Green Hill pada pukul 3.45 pagi pada 28 Jan lepas.

Berdasarkan fakta kes, mangsa mengalami luka di kepala dan kaki akibat dipukul dengan benda tajam apabila cuba menghalang perbalahan yang melibatkan empat orang.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan tertuduh pada 29 Jan.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Kantoi Edar Syabu, Ibu Empat Anak Dipenjara Seumur Hidup Di Lahad Datu
Halang Laluan Ambulans Di Bintulu, Pemandu Vios Rupanya Ada Masalah Pendengaran
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Royal Brunei Airlines Bakal Tambah Penerbangan Laluan Brunei-Kuching Mulai April 2024 Royal Brunei Airlines Bakal Tambah Penerbangan Laluan Brunei-Kuching Mulai April 2024
Next Article Lelaki Sabah Ini Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan Sebagai Cara Desak JKR

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?