• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Lelaki Dipenjara Enam Bulan Gara-Gara Cabul Anak Rakan Baik Di Kuching

Oleh
Aina Musa
28 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Dipenjara Enam Bulan Gara-Gara Cabul Anak Rakan Baik Di Kuching

Padah cabul anak gadis rakan baik

Lelaki Dipenjara Enam Bulan Gara-Gara Cabul Anak Rakan Baik Di Kuching. Seorang lelaki tempatan dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mencabul anak gadis rakannya pada hari Selasa, 25 Jun lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Lelaki Dipenjara Enam Bulan Gara-Gara Cabul Anak Rakan Baik Di Kuching. Sumber: Suara Sarawak

Menurut pertuduhan, dia didakwa mencabul gadis berusia 20 tahun di sebuah bilik di Kampung, Jalan Setia Raja, sekitar jam 4.30 pagi, 25 Jun 2022.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu sedang tidur bersama adik perempuannya di dalam sebuah bilik dan tiba-tiba menyedari seseorang menggosok pahanya.

Pengadu yang terkejut membuka matanya dan melihat bapa rakannya berdiri di hadapannya.

Tertuduh kemudian berkata, “Jangan terkejut, kamek nak jual handphone Samsung jak dengan kitak,” sebelum keluar dari bilik tidur pengadu.

Suspek sering ke rumah keluarga mangsa

Pengadu dan keluarganya mengenali tertuduh kerana dia merupakan kawan kepada bapa dan pak cik pengadu yang sering datang ke rumah untuk melepak dan minum bersama.

Pada hari kejadian, bapa pengadu tidak berada di rumah kerana bekerja di Bintulu sejak Mei lepas.

Bimbang akan keselamatan dirinya, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut terhadap tertuduh.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa tertuduh melakukan kesalahan jenayah terhadap pengadu dengan niat mencabul kehormatan.

Selain itu, tertuduh juga didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Senarai Penutupan Jalan Sekitar Kuching Sempena Sarawak Walk Harmony Esok
Dua Beranak Maut, Perodua Kancil Remuk Dilanggar Lori Di Jalan Taman Seniawan Bau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Penutupan Jalan Sekitar Kuching Sempena Sarawak Walk Harmony Esok Ini Senarai Penutupan Jalan Sekitar Kuching Sempena Sarawak Walk Harmony Esok
Next Article Klinik Kesihatan Long Lama Di Baram Dibaik Pulih, Dijangka Siap Pada Tahun 2028 Klinik Kesihatan Long Lama Di Baram Dibaik Pulih, Dijangka Siap Pada Tahun 2028

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?