• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Ditemui Mati Tersangkut Pada Pelantar Transformer Elektrik Di Jalan Serian-Sri Aman

Oleh
Husna Hazmi
11 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki Ditemui Mati Tersangkut Pada Pelantar Transformer Elektrik Di Jalan Serian-Sri Aman. Dipetik daripada Utusan Borneo, Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menurunkan mayat seorang lelaki tersangkut di pelantar sebuah transformer di Jalan Serian-Sri Aman pada hari ini.

Lelaki Ditemui Mati Tersangkut Pada Pelantar Transformer Elektrik Di Jalan Serian-Sri Aman
Lelaki Ditemui Mati Tersangkut Pada Pelantar Transformer Elektrik Di Jalan Serian-Sri Aman. Kredit gambar: Utusan Borneo

Menerima laporan kejadian sekitar jam 10.25 pagi

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 10.25 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi tersebut.

“Setiba di lokasi mendapati terdapat seorang mangsa tersangkut di atas pelantar transformer milik Sarawak Energy di Kampung Semukoi A, Jalan Serian-Sri Aman, di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, komander operasi terus membuat ‘size up’ di lokasi namun mendapati keadaan arus elektrik masih aktif dan tidak selamat untuk anggota melakukan tugas-tugas penyelamatan. 

Lelaki Ditemui Mati Tersangkut Pada Pelantar Transformer Elektrik Di Jalan Serian-Sri Aman

Pihak bomba bagaimanapun perlu menunggu

Jelas beliau lagi, pihak bomba bagaimanapun perlu menunggu pihak Sarawak Energy hadir dan mengesahkan keadaan betul-betul selamat untuk tujuan penyelamatan.

“Setelah mendapati keadaan selamat, kerja-kerja menurunkan mangsa dari pelantar dilakukan dengan bantuan pihak polis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Setelah selesai dan memastikaan keadaan selamat, operasi tersebut ditamatkan pada jam 11.08 pagi. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Tular Kenderaan JKR Sailang Secara Merbahaya Dari Laluan U-Turn Di Pending [VIDEO] Tular Kenderaan JKR Sailang Secara Merbahaya Dari Laluan U-Turn Di Pending
Next Article Seorang Remaja Dari Bintulu Maut, Dihempap Lif Barangan Mini Pasar Raya Seorang Remaja Dari Bintulu Maut, Dihempap Lif Barangan Mini Pasar Raya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?