• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Hilang Ditemui Maut Dalam Parit Berdekatan Rumah Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
20 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Mayat lelaki berkenaan ditemui berhampiran rumahnya

Lelaki Hilang Ditemui Maut Dalam Parit Berdekatan Rumah Di Kuching. Dilaporkan, mayat lelaki yang dilaporkan hilang pada Jumaat telah ditemui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) di dalam parit cetek berhampiran rumahnya di Jalan Kong Phin pada 9.30 pagi hari ini.

Menurut pihak Bomba dalam satu kenyataan, mayat lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai Lim Kin Fiew.

Lelaki Hilang Ditemui Maut Dalam Parit Berdekatan Rumah Di Kuching
Lelaki Hilang Ditemui Maut Dalam Parit Berdekatan Rumah Di Kuching. Sumber foto: The Borneo Post

Pihak Bomba bantu mengesan lelaki berkenaan

Pihak Bomba berkata mereka menerima panggilan pada jam 8.40 pagi dari balai polis Kota Sentosa meminta bantuan mengesan lelaki berkenaan.

Anggota anggota penyelamat dari balai Batu Lintang digegaskan ke tempat kejadian.

Setelah mayat lelaki berkenaan ditemui, pihak paramedik di tempat kejadian mengisytiharkan dia telah meninggal dunia, dan mayatnya kemudiannya diserahkan kepada polis untuk dibawa ke jabatan forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Lelaki Hilang Ditemui Maut Dalam Parit Berdekatan Rumah Di Kuching

Disedari hilang oleh isterinya

Turut dikatakan juga, mendiang disedari hilang oleh isterinya kira-kira jam 5 petang pada hari Jumaat, dan keluarga bersama jiran lain melakukan pencarian di kawasan itu. Usaha mereka gagal mengesan mangsa menyebabkan mereka menghubungi polis petang semalam.

Difahamkan juga mendiang ada menghidap penyakit mental.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Murid Terpaksa Redah Jalan Berlumpur Enam Jam Nak Ke Sekolah Di Sabah
Ribut Di Bintulu, Pokok Tumbang Dan Bumbung Pangsapuri Terbang
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Karipap Diiktiraf Antara Pastri Terbaik Dunia, Kalahkan Croissant Dan Kunafa
Next Article Bapa Kantoi Jual Filem Lucah Anak Sendiri, Polis Temui Lebih 10,000 Fail Pornografi Dalam Komputer

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?