I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Lelaki Ini Jelaskan Bagaimana Malaysia Mendapat Namanya
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Ini Jelaskan Bagaimana Malaysia Mendapat Namanya

Last updated: 21/08/20 11:13 AM
Kedung BK
Kongsi
7 Min Bacaan
Lelaki Ini Jelaskan Bagaimana Malaysia Mendapat Namanya
Kongsi

Tahukah anda nama ‘Malaysia’ wujud sebelum 1963?

Lelaki Ini Jelaskan Bagaimana Malaysia Mendapat Namanya. Ia adalah pengetahuan umum nama ‘Malaysia’ diciptakan pada tahun 1963 apabila Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura bergabung menjadi sebuah negara bersatu pada 16 September 1963. Singapura kemudian menarik diri dari gabungan itu pada tahun 1965.

Tapi tahukah anda nama ‘Malaysia’ sudah pun wujud sebelum penubuhan negara Malaysia pada 1963? Lelaki ini menjelaskan bagaimana Malaysia mendapat namanya dan sejarah ringkas disebalik nama itu.

Lelaki Ini Jelaskan Bagaimana Malaysia Mendapat Namanya

Nama ‘Malaysia’ dapat dikesan seawal 1835

Ayman Rashdan kongsi beberapa peta memaparkan peta ‘Malaysia’ menerusi Twitter, salah satunya dilakar oleh Thomas G. Bradford pada tahun 1835.

Peta terawal mengandungi nama ‘Malaysia’ dilakar oleh Thomas G. Bradford. Kredit: Twitter

Peta ini pula juga mengandungi nama ‘Malaysia’, diterbit pada tahun 1904. Untuk maklumat anda, Malaysia dalam peta ini ialah pulau-pulau yang diwarnakan.

Berdasarkan peta dibawah, Malaysia pada tahun 1904 ialah Filipina, Indonesia, Sarawak dan Sabah (istilah moden).

Pulau yang diwarna digelar ‘Malaysia’ pada tahun 1904. Kredit: Twitter

Disamping itu, nama ‘Malaysia’ turut wujud semasa penjajahan Jepun. Dalam gambar ini yang dikongsi oleh Ayman, angka 2602 adalah tahun kalendar Kōki (皇紀) Jepun, bersamaan dengan tahun 1942 Masihi.

Duit syilling semasa penjajahan Jepun mempunyai nama ‘Malaysia’. Kredit: Twitter

Pada awalnya, ‘Malaysia’ terdiri daripada negara-negara lain

Secara umumnya, kita tahu ‘Malaysia’ terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Tetapi pada suatu ketika dahulu, ‘Malaysia’ merujuk kepada Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi, Maluku dan Filipina.

Buku ‘Malaysia’ oleh John Russell Denyes, seorang misi Methodist dari Amerika Syarikat, diterbit pada tahun 1919. Kredit: Twitter

Tanah Melayu kadang kala termasuk tetapi ada juga masa tak termasuk. Hal ini kerana ‘Malaysia’ pada waktu itu bermaksud ‘Kepulauan Melayu.’

Oleh sebab Tanah Melayu bukan pulau, kebiasaannya ia tak termasuk dalam senarai negara ‘Malaysia’ pada waktu itu.

Secara ringkasnya, ‘Malaysia’ pada waktu itu adalah sinonim kepada Indian Archipelago atau juga dikenali sebagai Indonesia.

Peta ini dipanggil ‘Indo-Malayan’. Kredit: Twitter

Pencipta nama ‘Malaysia’ ialah seorang warga Perancis

Mesti anda terasa terkejut kan apabila menyedari nama ‘Malaysia’ dicipta oleh orang asing?

Menurut Ayman, asal nama Malaysia dicipta oleh seorang pelayar Perancis bernama Jules Dumont d’Urville pada tahun 1831.

Jules Dumont d’Urville. Kredit: Wikipedia

Bagaimana pelayar Perancis ini tiba-tiba pandai cipta nama ‘Malaysia’?

Beliau menggabungkan perkataan ‘Malais‘ (Melayu) dan ‘nésie‘ (pulau), namun bunyi ‘Malaisnésie‘ tidak betul dari segi bahasa jadi ‘nés‘ dibuang dari perkataan itu – maka, wujudnya ‘Malaisie’.

Malaisie. Kredit: Twitter

Menjelang tahun 1835, Thomas G. Bradford dari Amerika Syarikat terjemah ‘Malaisie’ jadi ‘Malaysia’.

Pada waktu ini perkataan ‘Malaysia’ mula dipakai secara meluas sebagai konsep geografi.

Thomas G. Bradford terjemahkan ‘Malaisie’ ke ‘Malaysia’. Kredit: Twitter

Cita-citi Filipina hendak meluaskan ‘Malaysia’

Sebelum Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, nasionalis Filipina sudah bercita-cita untuk mendirikan negara ‘Malaysia’. Menurut Ayman, cita-cita Filipina untuk mendirikan negara ‘Malaysia’ lebih besar dari Malaysia kita ketahui sekarang.

Dalam pidato ‘Malaysia Irredenta’ oleh Wenceslao Vinzons pada tahun 1932, dia menyatakan,

“A unified Malaysia extending from the northen extremity of the Malay Peninsula to the shores of New Guinea, from Madagascar to the Philippines and to the remotest islands of Polynesia.”

“Malaysia bersatu yang meluas dari hujung utara Tanah Melayu hingga ke pantai New Guinea, dari Madagascar hingga Filipina dan ke pulau-pulau terpencil di Polinesia.”

‘Malaysia Irredenta’ oleh Wenceslao Vinzons. Kredit: Twitter
Cita-cita awal untuk meluaskan Malaysia, di sini digelar ‘Malayen’. Kredit: Twitter

Untuk pengetahuan anda, kawasan ini dipanggil oleh ahli bahasa sebagai kawasan rumpun bahasa ‘Malayo-Polynesian’ atau ‘Austronesian’ (austro = Selatan).

Malah, nasionalis Filipina anggap semua bangsa berada dalam lingkungan kawasan tersebut adalah ‘Malay Race’ sebab berkongsi bahasa yang sama.

Bahagian warna ungu menunjukkan kawasan-kawasan tersebut kongsikan bahasa yang hampir sama, akibat berada dalam kategori ‘Western Malayo-Polynesian’ dalam senarai bahasa Austronesian. Kredit: Twitter

Sebagai contoh, perkataan ‘mata’ dikongsi oleh masyarakat Austronesian lain. Di Malaysia, orang Melayu dan Iban sebut ‘mata’, manakala orang Dusun sebut ‘mato’. Di Filipina, orang Tagalog juga sebut ‘mata’. Manakala di Madagascar, orang Malagasy sebut ‘mato’.

Persamaan perkataan di negara-negara lain dalam kawasan Austronesia. Kredit: Twitter

Di Fiji, perkataan ‘benua’ disebut ‘vanua’, manakala di Malaysia orang Iban sebut ‘menua’. Di Filipina, orang Cebuano/Visaya sebut ‘banwa’.

Anda boleh baca artikel mengenai persamaan bahasa orang Austronesia di artikel berikut:

Konsep ‘Malay Race’

Menurut Ayman lagi, konsep ‘Malay Race’ mempunyai kaitan tapi tak sama dengan Etnik Melayu, iaitu orang Melayu seperti difahami secara umum iaitu pribumi Tanah Melayu dan Sumatera Timur dan juga pesisiran pantai Borneo yang bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat Melayu dan beragama Islam.

Kredit: Twitter

Di Tanah Melayu, nasionalis berhaluan kiri (pro-sistem republik dan sosialis) seperti Ibrahim Yaacob dan Burhanuddin Helmi mempunyai wawasan ‘Melayu Raya’, hampir sama dengan konsep Malaysia nasionalis Filipina.

Kredit: Twitter

Namun, Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman berjaya overtake nasionalis Filipina dan Melayu kiri degan menamakan gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak sebagai ‘Malaysia’.

Kredit: Twitter

Malah, Tunku memilih nama Malaysia kerana ia mempunyai konotasi ‘Malay Race’ yang boleh dijadikan sebagai titik persamaan pribumi Tanah Melayu dan Borneo.

Kredit: Twitter

Hal ini turut menyebabkan Filipina tak berpuas hati dengan Malaysia, kerana berpendapat kita ‘mencuri’ idea mereka. Filipina kemudian mula menambah agenda untuk menuntut Sabah dengan tujuan melumpuhkan Malaysia.

Presiden Diosdado Macapagal adalah seorang ahli Pan-Malayan Union yang diasaskan oleh Wenceslao Vinzons.

Kredit: Twitter

Berbalik kepada mengapa Tunku Abdul Rahman memilih ‘Malaysia’ sebagai nama rasmi, beliau menekankan bahawa orang Melayu dan bumiputera Borneo adalah ‘rumpun’ (ethnic stock) yang sama dalam ucapan beliau.

Mungkin atas sebab penubuhan Malaysia dibuat secara tergesa-gesa, sampai hari ini tak ramai warga Malaysia dapat menghayati konsep disebalik nama Malaysia.

Ayman mengakhiri perkongsian beliau dengan mengata,

“Hari ini ada yang mendefinisikan Malaysia dengan menggunakan definisi ‘Etnik Melayu’ yang sempit (konon Malaysia ialah Tanah Melayu). Ada yang menafikan langsung hubungan antara identiti Melayu dan Malaysia. Semua ini adalah bertentangan dengan hasrat bapa-bapa pengasas. Hayatilah maksud sebenar ‘Malaysia’.”

Apakah pendapat anda tentang perkongsian beliau? Apa lagi fakta tentang nama Malaysia anda tahu? Komen dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Lagi di sini:

Kedung BK 21 Ogos 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Rekod 1 Kluster Baru, Kluster Stutong Tamat Hari Ini
Next Article Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?