• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Di Sibu Nekad Kelar Leher Sendiri Selepas Teman Wanita Minta Putus

Oleh
Farisha
10 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Cinta Tidak Direstui Ibu Bapa Teman Wanita

Lelaki Di Sibu Nekad Kelar Leher Sendiri Selepas Teman Wanita Minta Putus. Dalam satu insiden yang mengejutkan, seorang lelaki bertindak nekad mengakhiri nyawanya sendiri selepas hubungan cintanya dengan teman wanita ditolak oleh keluarga. Kejadian tragis ini berlaku pada Ahad lalu di sebuah bilik hotel di Sibu, meninggalkan teman wanitanya dalam keadaan trauma mendalam.

Menurut laporan See Hua Daily News, drama emosi ini bermula apabila lelaki berkenaan, yang tidak dinamakan, menghubungi teman wanitanya sehari sebelum kejadian untuk cuba menyelamatkan hubungan mereka. Namun, perbincangan yang pada awalnya bertujuan mencari penyelesaian akhirnya bertukar menjadi tragedi.

Lelaki Di Sibu Nekad Kelar Leher Sendiri Selepas Teman Wanita Minta Putus
Lelaki Di Sibu Nekad Kelar Leher Sendiri Selepas Teman Wanita Minta Putus. Gambar hiasan.

Pada hari kejadian, lelaki tersebut menempah sebuah bilik hotel sekitar pukul 2 petang. Teman wanitanya tiba sejam kemudian untuk berbincang. Namun, keadaan menjadi tegang apabila wanita itu menyatakan keputusan untuk berpisah kerana tekanan keluarga.

Tidak dapat menerima keputusan itu, lelaki tersebut menjadi emosi. Dalam keadaan tertekan, dia mengeluarkan sebilah pisau kecil dan mula mengancam untuk mencederakan dirinya sendiri jika wanita itu tetap dengan keputusannya.

Walaupun teman wanitanya cuba memujuk, usaha itu gagal apabila lelaki tersebut nekad dan mengelar lehernya sendiri.

Dia Pernah Cuba Cederakan Diri Sebelum Ini

Panik dengan kejadian itu, wanita berkenaan berlari keluar dari bilik hotel dan meminta bantuan daripada kakitangan hotel. Malangnya, pasukan perubatan yang tiba mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak.

Menurut wanita itu, mereka telah bercinta selama beberapa tahun tetapi sering berhadapan dengan tentangan ibu bapanya. Dia turut mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama lelaki itu mencederakan dirinya sendiri. Sebelum ini, dia kerap menghantar gambar luka-lukanya sebagai tanda tekanan emosi yang dialaminya.

Tragedi Cinta Yang Meragut Nyawa

Polis yang tiba di lokasi sekitar jam 4 petang menemui mayat lelaki tersebut dalam keadaan berlumuran darah. Dinding bilik turut dipenuhi dengan percikan darah, menjadikan suasana lebih memilukan.

Mayat lelaki tersebut telah dihantar ke bilik forensik untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian secara rasmi.

Kisah ini bukan sahaja menggambarkan betapa kompleksnya hubungan cinta yang mendapat tentangan, tetapi juga kepentingan menjaga kesihatan mental dalam menghadapi tekanan emosi.

Nota: Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang mengalami tekanan emosi, sila dapatkan bantuan daripada pihak yang berkenaan seperti Talian Kasih di 15999 atau Befrienders di 03-7627 2929.

Baca juga artikel ayng berkaitan:

Remaja 19 Tahun Ditemui Maut Di Kapit Dengan Luka Leher Seperti Dikelar

SUMBER :The VocketSee Hua Daily News
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Kagum Bos Radio Di Sarawak Hebat Teka Nama Staf Netizen Kagum Bos Radio Di Sarawak Hebat Teka Nama Staf
Next Article Sebahagian Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan Ditutup Sementara Mulai 12 Disember

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?