• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Misi Solo, Lelaki Dari Sarawak Ini Nekad Pandu Kenari Keliling Satu Dunia

Oleh
Aina Musa
2 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Misi Solo, Lelaki Dari Sarawak Ini Nekad Pandu Kenari Keliling Satu Dunia

Perjalanan rentas dunia

Demi Misi Solo, Lelaki Dari Sarawak Ini Nekad Pandu Kenari Keliling Satu Dunia. Seorang pereka media digital nekad memandu kereta jenis Perodua Kenari yang sudah berusia 20 tahun bagi mencapai impiannya mengelilingi dunia secara solo yang tersimpan sejak kecil.

Jack Voon Kuet Fei, 47, memulakan misi perjalanan itu di sini pada Rabu.

Demi Misi Solo, Lelaki Dari Sarawak Ini Nekad Pandu Kenari Keliling Satu Dunia. Sumber: NS Ramli

Anak kelahiran Sarawak itu berkata, dia merancang misi solonya itu sejak lima tahun lalu.

“Dulu masa kecil selalu bayangkan betapa luasnya dunia ini, namun cerita mengenai negara-negara luar ketika itu hanya dilihat melalui kaca televisyen, majalah dan surat khabar.

“Dari situlah timbul keinginan untuk mengelilingi dunia, namun ia bukan sesuatu perkara mudah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Ekspedisi Mengelilingi Dunia Menggunakan Perodua Kenari di pekarangan Menara 188 di Kuantan pada Rabu.

Majlis pelepasan anjuran Persatuan Eksplorasi dan Kembara Malaysia bersama Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guanxi Pahang itu disempurnakan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man.

Jack mengakui pernah hampir putus asa untuk memenuhi impian itu berikutan kesibukan kerja.

“Apabila memasuki usia 40-an, saya rasa ‘patah hati’ kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

“Jadi saya fikir, kena buat semula apa yang sudah lama saya impikan iaitu keluar melihat dunia dan mengenali lebih banyak budaya di negara lain.

“Sejak itu, saya mula simpan wang dan sepanjang empat tahun hanya bekerja, tidak keluar berseronok atau lepak minum dengan kawan-kawan,” katanya.

Berkongsi berhubung kereta digunakan, Jack berkata, Perodua Kenari dipilih kerana lebih ekonomi dan selamat.

“Kereta ini telah disiapkan termasuk dibaik pulih enjin, dicat baharu dan dilengkapi beberapa peralatan pengembaraan termasuk panel solar serta bateri tambahan.

“Bagi saya kereta ini paling sesuai kerana kalau guna kereta mewah atau kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai besar risikonya mungkin kena rompak atau berdepan masalah lain apabila memasuki negara tertentu,” katanya.

Tambahnya, ekspedisi itu merangkumi jarak perjalanan keseluruhan kira-kira 200,000 kilometer merangkumi lebih 100 negara dan dijangka mengambil masa hingga tiga tahun.

“Kalau perjalanan berjalan lancar, saya jangka kembali ke tanah air pada Mei 2027,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir Menaiki Penerbangan Ke Johor, Wanita OKU Hilang Di Kuching Berjaya Diselamatkan
Next Article Dua Universiti Perubatan Cina Bakal Dibina Di Sabah Dua Universiti Perubatan Cina Bakal Dibina Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?