• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerana Enggan Putus Cinta, Lelaki Tumbuk Teman Wanita Di Kuching Didenda RM1800

Oleh
Farisha
22 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki mengaku bersalah kerana mencederakan teman wanita yang mahu putus hubungan

Kerana Enggan Putus Cinta, Lelaki Tumbuk Teman Wanita Di Kuching Didenda RM1800. Mahkamah Majistret hari ini mengenakan denda sebanyak RM1,800 atau dua bulan penjara kepada seorang lelaki berusia 35 tahun kerana mencederakan teman wanitanya setelah dia memberitahu ingin memutuskan hubungan mereka.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali mensabitkan Benjamin Lim Chong Sean atas pengakuan bersalahnya terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara selama setahun dan denda sehingga RM2,000, menurut sumber.

Kerana Enggan Putus Cinta, Lelaki Tumbuk Teman Wanita Di Kuching Didenda RM1800
Kerana Enggan Putus Cinta, Lelaki Tumbuk Teman Wanita Di Kuching Didenda RM1800. Sumber foto: BH

Memukul pipi kiri mangsa sehingga lebam

Difahamkan, Lim melakukan kesalahan itu di sebuah rumah sewa di Batu Kawa kira-kira jam 1.15 pagi pada 10 Januari 2024.

Mangsa, seorang wanita 34 tahun, dan Lim bertengkar selepas mangsa minta putus. Dalam pertengkaran itu Lim memukul atau menumbuk pipi kiri mangsa menyebabkan lebam.

Akibatnya, mangsa membuat laporan polis lalu Lim ditangkap pada malam itu juga. Siasatan mendapati Lim menyerang mangsa kerana enggan putus dengannya.

Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada pipi kiri dan kulit kepala. Insp Ammarsofi Yusoff mendakwa kes itu manakala Lim tanpa wakil peguam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Jalin Hubungan Dengan Pekerja, View Chin Boleh Berdepan Hukuman Penjara Di Bawah Akta Pekerjaan Malaysia?
‘Salah Ke Bercinta Dengan Suami Orang’, Perkongsian Gadis Ini Raih Perhatian Di Twitter
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ugut Mahu Bunuh Isteri Dengan Gunting, Lelaki Dari Sarikei Dipenjara Dua Tahun Ugut Mahu Bunuh Isteri Dengan Gunting, Lelaki Dari Sarikei Dipenjara Dua Tahun
Next Article Padah Pukul Adik 15 Tahun, Lelaki Kuching Ini Dipenjara 6 Bulan Padah Pukul Adik 15 Tahun, Lelaki Kuching Ini Dipenjara 6 Bulan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?