• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti

Oleh
Nazihah AN
12 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti

Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga

Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti. Ingin menikmati kedamaian ini dengan lebih lama lagi bersama keluarga yang tersayang? Tempat di mana anda jauh dari bandar yang sesak dan hanya ditemani dengan bunyi ombak di pantai.

Inilah antara tempat yang sesuai untuk anda sekeluarga menikmati percutian yang memuaskan untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti menarik di sana.

Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti
Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti. Sumber: FB IZARA Homestay & Cafe.

Tempat OOTD juga disediakan! Berlatarkan pantai dan lautan Sibuti yang indah

Terletak di Sibuti, Izara Homestay & Cafe ini terletak di tengah-tengah antara Miri dan Bintulu. Izara Homestay adalah tempat percutian unik yang menawarkan para pengunjung untuk menikmati pemandangan pantai yang menenangkan. Pelbagai aktiviti riadah menarik yang anda boleh lakukan di sini.

Selain pantai yang menenangkan, di sini juga terdapat banyak port yang cantik khas untuk anda yang suka untuk OOTD. Antara tempat yang cantik untuk bergambar adalah di bawah payung terapung yang berwarna-warni. Seperti berjalan dalam pengembaraan dalam Marry Poppin!

Tidak hanya itu, anda juga boleh ke bahagian rooftop Izara Cafe untuk bergambar mengambil kenangan bersama yang tersayang dengan berlatar belakang pantai dan lautan Sibuti.

Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti
Sumber: FB Shahrin Hashim

Sesuai untuk anda membuat family day di sini

Tempat menginap juga disediakan dengan pelbagai kemudahan untuk anda sekeluarga! Yang paling best, kapasiti untuk tempat ini boleh muat lebih 100 orang dalam satu masa. Jadi bagi anda yang ingin buat program seperti awayday, family day, memancing dan pelbagai lagi aktiviti bersama ahli keluarga serta sahabat handai, di sinilah tempat yang sesuai untuk anda.

Di Izara Homestay ini juga tersedia dengan cafe di mana anda boleh menikmati hidangan seafood dengan pemandangan pantai. Wahh boleh tahan, kan? Antara menu hidangan yang terkenal di Izara Cafe ialah Mee Talam Udang ,masakan berlauk udang masak merah, ketam masak salted egg atau butter dan talam basah udang.

Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti
Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti. Sumber: FB Rya Fero 
https://www.facebook.com/fazmieyr.amir/posts/pfbid02Nx67rHMkULL6xeuCyP8TZRCLDNrY5geutUp85SgMGq6ZhmwTEx5EgoeBgAjL4qYjl
Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti
Sumber: FB IZARA Homestay & Cafe.

Majoriti review terhadap homestay ini juga positif

Anda boleh menunggang ATV secara bersendirian di pantai yang cantik ini yang juga dilengkapi dengan sesi bergambar di kawasan pantai tersebut. Jangan risau kerana arahan dan semua peralatan keselamatan disediakan oleh pihak mereka untuk menunggang ATV separa automatik ini.

Menerusi ke ruangan review pada Facebook IZARA homestay & Cafe ini, rata-rata pengunjung memberi review yang menarik dan positif. Ada juga yang berpuas hati terhadap servis dan tempat makan mereka di sini.

Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti
Sumber: FB IZARA Homestay & Cafe.

Jadi, anda yang singga ke Sibuti, bolehlah singgah ke kafe IZARA!

Lagi tempat menarik untuk anda bercuti bersama keluarga di Sarawak:

Short Escape Bersama Keluarga, 3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching
Jom Terokai Keindahan Pantai Telok Serabang, Ini Adalah Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Simbol Kekayaan Zaman Dahulu, Ketahui Keunikan Kraftangan Manik Etnik Peribumi Di Sarawak
Next Article Buat Julung Kalinya Di Borneo, Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Di Sabah Buat Julung Kalinya Di Borneo, Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?