• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati ‘Sunset’ Dan ‘Nightlife View’ Di Sibu

Oleh
Aina Musa
24 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati 'Sunset' Dan 'Nightlife View' Di Sibu

Lepak atas cruise dengan harga murah

Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati ‘Sunset’ Dan ‘Nightlife View’ Di Sibu. Sebut sahaja perkataan cruise, pasti anda akan terbayang sebuah percutian menarik di atas sebuah kapal mewah sambil menikmati sunset dan nightlife view di sekeliling anda. Namun anda terpaksa melupakan hasrat tersebut dek kerana kekangan kewangan anda.

Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati  'Sunset' Dan 'Nightlife View' Di Sibu
Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati ‘Sunset’ Dan ‘Nightlife View’ Di Sibu. Kredit foto: Sibu River Cruise

Kini, anda tidak perlu risau. Anda juga boleh merasai pengalaman menaiki cruise dengan tawaran harga yang berpatutan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dan suasana malam hari di bandar Sibu.

Sibu River Cruise baru-baru ini menawarkan pakej sunset cruise dan sightseeing cruise kepada warga Sibu dan pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan ‘sunset’ dan keindahan malam hari di bandar Sibu.

Harga dan waktu operasi

Jika anda sedang mencari lokasi untuk bersantai ataupun ‘melepak’ bersama rakan-rakan anda, pastinya Sibu River Cruise ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Bukan sahaja boleh bersantai anda juga boleh menenangkan fikiran dengan belayar melihat pemandangan di sekitar Sibu.

Difahamkan, harga terkini yang ditawarkan juga tidaklah begitu mahal dengan bayaran hanya serendah RM 15 seorang.

Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati  'Sunset' Dan 'Nightlife View' Di Sibu
Kredit foto: Sibu River Cruise

Namun, pihak Sibu River Cruise ini hanya beroperasi pada hari jumaat, sabtu, ahad dan cuti umum.

Pakej yang ditawarkan

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman matahari terbenam anda boleh menempah pakej sunset cruise di mana anda akan dibawa berlayar dari jam 6:30 petang hingga 7:30 malam selama satu jam.

Lepak Atas Cruise Sambil Nikmati  'Sunset' Dan 'Nightlife View' Di Sibu
Kredit foto: Sibu River Cruise

Manakala, sekiranya anda ingin melihat bandar Sibu anda boleh menempah pakej sightseeing cruise dan anda akan dibawa ‘meronda’ di mercu-mercu tanda Sibu di sekitar Sungai tersebut.

Jangan lupa tempah tiket anda bersama orang tersayang untuk nikmati permandangan atas cruise dengan harga yang berpatutan.

Tempahan tiket boleh dibuat di sini.

Sekiranya anda ke Sibu jangan lupa singgah di sini juga:

https://www.iloveborneo.my/ini-adalah-5-tempat-makanan-western-di-sibu/
https://www.iloveborneo.my/antara-tempat-rekreasi-yang-terbesar-di-sibu-taman-rimba-bukit-lima-ini-sesuai-untuk-anda-beriadah/
SUMBER :FB Sibu River Cruise
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bakar Koleksi Kesayangan K-pop Anak, Netizen Tak Setuju Dengan Tindakan Si Bapa
Next Article Masuk Adalah Percuma, Pesta Borneo Ini Diadakan Di Central I-City Masuk Adalah Percuma, Pesta Borneo Ini Diadakan Di Central I-City

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?