Kanak-kanak tersebut meraung ingin dilepaskan namun dihirau oleh orang tuanya.
Lepas Ikat Anak Di Tiang Medan Selera Gara-Gara Nakal, Mak Ayah Selamba Sambung Makan. Menjadi ibu bapa adalah satu tangunggjawab yang amat besar dan sukar kerana tugas mendidik anak menjadi insan berguna bukanlah mudah.
Baru-baru ini dilaporkan, tular di China seorang kanak-kanak telah diikat oleh ibu bapanya di tiang medan selera kerana nakal semasa berada di kawasan awam.

Sambung menikmati hidangan sambil memerhati keadaan anak
Ibu bapa kanak-kanak teresebut kemudiannya sambung menikmati hidangan sambil memerhati keadaan anak mereka.
Video perbuatan omereka kemudiannya tular di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan hangat daripada warganet di seluruh dunia.
Dalam video berkenaan, kanak-kanak tersebut menangis dan meraung cuba melepaskan dirinya daripada ikatan manakala ibu bapanya pula sibuk tengah menjamu selera. Ibu bapa kanak-kanak tersebut turut merasakan perkara ini sebagai kelakar kerana orang ramai yang berada di tempat kejadian ketawa melihat anak mereka.
Ada yang tidak menyokong tindakan ibu bapa tersebut
Walaubagaimanapun, terdapat banyak juga komen yang merasakan perkara tersebut adalah tidak patut berlaku. Ada yang mempersoalkan sama ada laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut atau tidak.
Ada juga yang mengatakan bahawa perbuatan yang dikatakan ‘kelakar’ daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut sebaliknya menyakiti kanak-kanak terbabit.
Ada juga pandangan yang menyokong perbuatan berkenaan kerana memahami situasi ibu muda dan menyatakan kanak berkenaan akan mendapat pengajaran daripada hukuman tersebut dan belajar untuk menjadi lebih baik.
