• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Libatkan Pelajar Tingkatan 4, PLKN 3.0 Perintis Bermula Tahun Ini

Oleh
Farisha
13 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Cabaran dalam pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0

Libatkan Pelajar Tingkatan 4, PLKN 3.0 Perintis Bermula Tahun Ini. Pelaksanaan rintis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan bermula tahun ini melibatkan pelajar Tingkatan Empat.

Program rintis itu hanya akan melibatkan latihan asas tentang unsur nasionalisme sahaja. Ia tidak akan melibatkan latihan ketenteraan sepenuhnya seperti pergi ke kem, menurut sumber.

Libatkan Pelajar Tingkatan 4, PLKN 3.0 Perintis Bermula Tahun Ini
Libatkan Pelajar Tingkatan 4, PLKN 3.0 Perintis Bermula Tahun Ini. Sumber: dailyexpress

Beri gambaran PLKN 3.0 sebenar pada tahun depan, namun tidak melibatkan latihan ketenteraan

“Program perintis ini akan lebih memfokuskan kepada semangat nasionalisme dan memberikan gambaran tentang pelaksanaan sebenar PLKN 3.0 tahun depan,” kata Syed Ibrahim yang merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan.

Latihan penuh PLKN 3.0 dijadualkan bermula tahun depan kerana Kementerian Pertahanan masih dalam proses memuktamadkan butiran seperti modul yang akan digunakan.

Buat masa ini, mereka sedang dalam proses mengumpulkan 10,000 pelajar bagi setiap sesi tahun depan di kem yang diubah suai di seluruh negara.

Proses kumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil sahaja

Disebabkan kekurangan kemudahan, kemungkinan program akan dimulakan dengan kumpulan kecil antara 2,000 hingga 5,000 pelajar sahaja. Pengubahsuaian kemudahan kem dijangka berlaku tahun depan dengan lebih banyak pembiayaan diperlukan.

Jawatankuasa terlibat masih belum menerima maklumat berhubung garis masa bagi setiap sesi PLKN 3.0 tetapi menjangkakan cadangan penuh daripada Kementerian Pertahanan tahun ini sebelum program rintis dimulakan.

Antara kebimbangan dibangkitkan ibu bapa dan pihak berkepentingan

Antara kebimbangan yang dibangkitkan termasuk kemungkinan berlakunya buli, gangguan seksual dan pergaduhan berunsur perkauman seperti yang pernah berlaku dalam program serupa sebelum ini.

Jawatankuasa mensasarkan untuk mewujudkan mekanisme berkesan bagi memantau kejadian sedemikian dan memastikan ia tidak berulang.

Antara matlamat utama PLKN 3.0 adalah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan peserta pelbagai kaum dan agama dengan cadangan pelaksanaan perwakilan kaum yang lebih adil di setiap kem.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kebimbangan Netizen Terjawab, PLKN 3.0 Hanya Untuk Remaja Lahir 2007
PLKN Kini Sasar Belia Hingga 35 Tahun, Ini Kompilasi Reaksi Lucu Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu Trademark Berbuka Puasa Di Sarawak Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu Trademark Berbuka Puasa Di Sarawak
Next Article Terjemahan Al-Quran Pertama Dalam Bahasa Dusun Akan Dilancarkan Hujung Bulan Ini Terjemahan Al-Quran Pertama Dalam Bahasa Dusun Akan Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?