Pakej Penginapan Dan Makan Malam Pun Ada!
Lihat 12 Senarai Lengkap Promosi Pelancongan Di Kota Kinabalu. Kota Kinabalu merupakan syurga pelancongan di Malaysia. Macam-macam yang anda boleh jumpa di KK sama ada makanan laut, tempat menarik serta tempat penginapan bertaraf antarabangsa. Mesti ada yang rindu nak ke sana, kan?
Di sini kami sediakan 12 senarai promosi pelancongan di Kota Kinabalu yang pasti membangkitkan mood melancong anda. Check it out!
1. Makan malam di Horizons Restaurant
Restoran yang terletak di Tingkat 12, The Pacific Sutera Hotel ini kini membuka kembali perkhidmatan dengan menyediakan servis makan malam. Restoran tersebut dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula jam 5 petang hingga 10 malam.
Jika anda berhajat untuk membawa pasangan anda untuk makan malam romantis, jangan lupa untuk membuat tempahan terlebih dahulu kerana tempat duduk adalah terhad.
2. Menginap Beserta Sarapan Untuk 2 Orang Di Grandis Hotels and Resorts
Bagi yang ingin bermalam bersama orang yang tersayang, Grandis Hotels and Resorts kini menawarkan harga promosi untuk satu malam penginapan iaitu pada harga RM 268 untuk satu bilik/malam.
Bukan itu sahaja, pakej ini juga disertakan sekali dengan sarapan pagi untuk 2 orang dan diskaun 20% untuk hidangan F&B (tidak termasuk minuman keras).
Pakej ini layak untuk warganegara Malaysia dan Brunei. Tempahan pula boleh dibuat untuk penginapan sehingga tarikh 22 Disember 2020.
3. Naiki kapal layar mewah di Magellan Sutera Resort
Pernah kah anda menaiki kapal layar mewah? Jika tidak pernah, ini lah masanya! Dengan tawaran pakej penginapan serendah RM 350 sehingga RM 400, anda boleh menikmati sarapan pagi, khidmat ‘room service’ dan makan di restoran Al Fresco.
Bukan itu sahaja, anda juga bakal menikmati akses WiFi secara percuma dan dibenarkan untuk daftar keluar (check-out) sehingga jam 2 petang.
Lebih menarik, pakej ini turut membawa anda menikmati pelayaran kapal mewah secara percuma. Yang penting, tempah bagi mengesahkan kehadiran anda.
4. Tempah dulu, menginap kemudian di Stanton Hotel
Risau tempat penginapan yang mewah disambar orang kelak? Jangan khuatir. Stanton Hotel ada tawaran menarik untuk anda.
Bermula pada kadar RM 150 ke atas, anda boleh membuat tempahan bilik hotel awal. Tempoh tempahan dan penginapan sah sehingga 31 Julai 2020.
5. Tinggal di hotel bergaya hipster di Toojou
Hotel Toojou di Kota Kinabalu pernah disiarkan melalui salah satu video kami. Untuk pengetahuan anda, hotel bergaya hipster seperti ini memang menjadi tumpuan orang ramai kerana dindingnya dipenuhi lukisan mural yang sangat cantik, kreatif dan instaworthy.
Hotel tersebut kini bersedia menerima kembali kunjungan pelancong dengan tawaran harga penginapan yang sangat berpatutan.
Untuk bilik katil kapsul, anda hanya perlu membayar RM 45 sahaja. Jika anda inginkan lebih privasi dan keselesaan, anda boleh memilih untuk menempah bilik studio dengan harga RM 130.
6. 2 Hari 1 Malam Serendah RM 150 di The Palace Hotel
Rebut peluang 2 hari 1 malan di The Palace Hotel. Dengan harga promosi serendah RM 150, anda layak untuk menginap di Superior Room beserta dengan set sarapan untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Anda juga boleh daftar masuk seawal jam 11 pagi dan daftar keluar sehingga jam 2 petang.
7. Pakej penginapan termasuk menunggang kuda di Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa
Pakej penginapan ‘Fun in the Sun’ ini pula sangat berbaloi untuk mereka yang sukakan cabaran dan penginapan beserta riadah. Dengan pakej ini, anda bakal menikmati sarapan a la carte tanpa had di Coffee Terrace, daftar masuk seawal jam 10 pagi dan daftar keluar hingga 6 petang serta akses ke Adventure Point & Discovery Centre.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menaiki basikal selama 1 jam, aktiviti sukan tanpa motor selama 1 jam, serta pilihan antara 30 minit menaiki ATV atau 30 minit menunggang kuda.
Bila lagi kan?
8. Tempah bilik dengan fleksibel di Hilton Hotel
Hotel Hilton merupakan hotel bertaraf 4.5 bintang ini pasti menjanjikan anda penginapan yang berbaloi. Pada harga sekitar RM 280, anda boleh mendapatkan servis parkir, sarapan percuma, katil tambahan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan upgrade bilik secara percuma.
Bahkan, tempahan bilik juga boleh ditukar mengikut tarikh yang anda kehendaki sehingga 48 jam sebelum penginapan. Wow!
9. 3 pilihan kamar beradu untuk anda di Hotel Sixty3
Hotel Sixty3 pula menawarkan 3 pilihan kamar dengan pelbagai saiz. Bermula pada harga RM 130 untuk satu malam, anda boleh memilih untuk tinggal di Super Standard Room dengan katil bersaiz King, atau Superior Room dengan katil saiz yang sama pada harga RM 150.
Jika anda ingin membawa keluarga menginap pula, anda boleh memilih untuk mengambil pakej Family Deluxe Room dengan dua katil bersaiz Queen pada harga RM 230 untuk semalam.
Tempahan boleh dibuat sehingga 30 September 2020 untuk penginapan bermula 1 Julai hingga 30 September 2020.
10. Promosi apartment 2 bilik di Wushiba Apartment
Bagi anda yang lebih sukakan tempat penginapan yang lengkap, Wushiba Apartment adalah pilihan yang tepat. Pakej penginapan di apartment 2 bilik ini dilengkapi dengan ruang tamu, set sofa, televisyen, dapur, peti sejuk serta ketuhar gelombang mikro.
Tempah sekarang sehingga 30 Disember 2020 untuk penginapan bermula 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020.
11. Penginapan All-In-One di Hyatt Regency Hotel
Hyatt Regency Hotel juga tidak ketinggalan untuk menawarkan promosi tempat penginapan mereka.
Dinamakan sebagai City Break Package, anda boleh menikmati penginapan beserta set sarapan a la carte untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, gelato homemade, roll-away bed, WiFi berkelajuan tinggi dan diskaun 30% untuk makanan dan minuman.
Bukan itu sahaja, tempahan anda di Hyatt Regency boleh dilakukan sehingga 48 jam sebelum kerana ia fleksibel dari segi tarikh penginapan dan pertukaran tarikh.
12. Diskaun sehingga 40% di Le Meridien
Bagi anda yang sukakan hotel mewah, Le Meridien KK juga menawarkan 3 promosi berasingan sehingga 40% diskaun. Guna kod promo seperti berikut untuk pakej yang ditawarkan;
- Unwind & Dine (Kod promo : D60) – Penginapan beserta set sarapan dan makan malam percuma untuk 2 orang
- Kids Eat Free! (Kod promo : ZJ6) – Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang turut sama menginap layak menikmati hidangan percuma sepanjang hari semasa penginapan.
- Couples’ Getaway (Kod promo : ROM) – Set sarapan, sunset evening cocktails dan chocolate pralines untuk 2 orang di The Rooftop@Le Meridien
Promosi ini sah untuk penginapan sehingga 31 May 2021. Tempahan dibuka bermula 8 Jun hingga 21 Jun 2020.
Adakah anda sudah bersedia untuk merasai keindahan bumi Sabah tak lama lagi? Tempah pakej penginapan menarik anda sekarang sebelum habis!