• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buang Barang Lama, Ini Lokasi Kontena RoRo Untuk Buang Sampah Besar Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
10 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Buang Barang Lama, Ini Lokasi Kontena RoRo Untuk Buang Sampah Besar Di Kuching

Jadual Lokasi Lengkap untuk Anda

Buang Barang Lama, Ini Lokasi Kontena RoRo Untuk Buang Sampah Besar Di Kuching. Musim perayaan semakin hampir, dan inilah masanya untuk mengemas rumah dan buang barang-barang yang tidak lagi diperlukan. Kalau anda di Kuching, berita baik โ€“ Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah menyediakan kontena Roll-On Roll-Off (RoRo) untuk memudahkan pembuangan sampah besar!

Dengan senarai lokasi yang telah diumumkan, anda boleh cari kontena RoRo yang paling dekat dengan kawasan anda. Tak perlu pening fikir nak ke mana, semuanya ada dalam senarai lengkap ini!

Buang Barang Lama, Ini Lokasi Kontena RoRo Untuk Buang Sampah Besar Di Kuching

Jadual Lokasi RoRo oleh MBKS:

Untuk kawasan di bawah pentadbiran MBKS, berikut adalah lokasi dan tarikhnya:

  • 13 โ€“ 14 Januari 2025:
    Lokasi seperti Jalan William Tan, Sekama Avenue, dan Sunny Estate.
    ๐Ÿ“ Car park belakang Lebuh Central Stop, Jalan Central Timur.
  • 15 โ€“ 16 Januari 2025:
    Tumpuan di Three Hills Park dan kawasan sekitarnya seperti Jalan Chawan dan Jalan Tun Razak.
    ๐Ÿ“ Car park belakang Three Hills Park shophouses.
  • 20 โ€“ 21 Januari 2025:
    Fokus di Jalan Foochow dan kawasan berhampiran seperti Kenyalang Park.
    ๐Ÿ“ Car park di Lorong 5, depan Kenyalang Park Theatre.
  • 22 โ€“ 23 Januari 2025:
    Kawasan Pending Heights dan Kampung Sg. Apong Baru.
    ๐Ÿ“ Berhampiran sekolah di Jalan Noakes, Sg. Apong.
  • 24 โ€“ 25 Januari 2025:
    Taman Riverview dan Taman Bintawa Fishing Village.
    ๐Ÿ“ Dekat Bintawa Wet Market.

Lepas 26 Januari, proses pembersihan dan โ€œmopping upโ€ akan dilakukan. Jadi, pastikan anda gunakan peluang ini sebelum kontena dialihkan!

Lokasi Kontena RoRo oleh MPP:

Bagi kawasan di bawah Majlis Perbandaran Padawan, anda juga boleh cari kontena ini di lokasi berikut:

  • 20 Disember 2024 โ€“ 3 Januari 2025:
    Kawasan seperti RPR Batu Kawa Lorong 28A dan Kuching City Mall.
  • 22 Januari โ€“ 5 Februari 2025 (Sempena Tahun Baru Cina):
    Lokasi seperti Everrise 4 1/2 Mile, Lo Ti Kong Bin Centre, dan Matang Jaya.

Dengan pelbagai lokasi yang tersedia, semua orang dapat membuang barang-barang besar seperti perabot lama, peralatan elektrik rosak, atau sisa pembaikan rumah dengan mudah!

Inisiatif seperti ini bukan sahaja memudahkan penduduk, tetapi juga membantu menjaga kebersihan bandar. Dengan menggunakan RoRo container, anda membantu mengelakkan longgokan sampah yang boleh menjadi tempat pembiakan serangga dan tikus. Jadi, mari kita buat perubahan positif bersama-sama!

Baca juga artikel semasa di bawah:

Selepas 3 Tahun Terhenti, Feri Express Labuan-KK Kembali Beroperasi Mulai 15 Disember
Tular Landskap SMK Merbau Di Miri Ini Memukau, Tarik Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Sarawak Ada Airport Ke?’ Ini Respon Padu Netizen
Next Article UNIMAS Umum Pelaksanaan Kuliah Dalam Talian Sempena Sambutan Hari Krismas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia โ€˜Survivalโ€™ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?