• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Macam Mahu Pergi Ke London,’ Harga Tiket Penerbangan Sehala KL – Tawau RM5k Ini Tarik Perhatian Ramai

Oleh
ILB - AI
17 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Macam Mahu Pergi Ke London,' Harga Tiket Penerbangan Sehala KL - Tawau RM5k Ini Tarik Perhatian Ramai

Harga mengalahkan tiket perjalanan ke London

‘Macam Mahu Pergi Ke London,’ Harga Tiket Penerbangan Sehala KL – Tawau Ini Tarik Perhatian Ramai. Jika ada satu perkara yang boleh dipersetujui oleh warga Sabah dan Sarawak ialah harga tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur pada musim perayaan boleh melambung tinggi kepada harga yang tidak masuk akal.

Seorang warga Sabah menunjukkan perkara ini apabila dia berkongsi screenshot tiket penerbangan sehala sebuah syarikat penerbangan ke Sabah dari Semenanjung Malaysia yang mencecah beribu ringgit, menarik perhatian netizen.

‘Macam Mahu Pergi Ke London,’ Harga Tiket Penerbangan Sehala KL – Tawau RM5k Ini Tarik Perhatian Ramai

Pergi ke Tawau sahaja dah makan RM5k

Gambar itu dikongsi individu ini di Facebook baru-baru ini, menunjukkan harga tiket penerbangan sehala ke Tawau, Sabah dari Kuala Lumpur.

Tarikh penerbangan, iaitu 20 April, menyenaraikan harga paling murah iaitu RM1.6k dan paling tinggi ditunjukkan ialah RM5,437 untuk penerbangan pertama yang diandaikan pada hari itu! Perlu diingat, ini hanya penerbangan sehala sahaja tau!

Beberapa tarikh sebelum dan selepas itu juga menunjukkan harga tiket naik mencecah ribuan juga, paling ‘mahal’ sejurus menjelang sambutan Raya.

Kredit: Facebook

“Harga mampu tengok,” – netizen

Rata-rata netizen, terutamanya yang sudah biasa dengan perkara ini, umpama ‘pasrah’ melihat harga terbabit.

Sementara itu, ramai warga Sabah seolah-olah menyindir harga tersebut kerana harganya terlampau mahal sehingga melebihi harga melancong ke luar negara.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Gila punya mahal ni. Tak hairan lah kenapa ramai warga Borneo ni susah nak balik semasa musim perayaan, kesian pula mengenang nasib mereka yang sering menghadapi masalah ini. Semoga sesuatu dapat dibuat untuk mengawal harga tiket penerbangan semasa musim perayaan.

Lagi di sini:

Pelajar Rasa Terbeban Balik Raya, Tiket Penerbangan Dari Kuching Ke Sandakan Cecah RM 1,000
Baju Raya Mahal Sampai RM200 Tapi Kualiti ‘Hauk’, Netizen Luah Rasa Kesal Terhadap Jenama Popular Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Ramadan, Kantin At The Granary Menawarkan Menu Istimewa Briyani Lamb Shank Untuk Anda
Next Article Matahari Merah Di Bintulu, Kemarau Dijangka Berlaku?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?