• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Macam Medan Perang, Peniaga Sibu Sedih Makanan Dan Kanopi Hancur ‘Diterbang’ Ribut

Oleh
Aina Musa
6 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Macam Medan Perang, Peniaga Sibu Sedih Makanan Dan Kanopi Hancur 'Diterbang' Ribut

Berat betul dugaan peniaga bazar ramadan kali ini

Macam Medan Perang, Peniaga Sibu Sedih Makanan Dan Kanopi Hancur ‘Diterbang’ Ribut. Ribut petir yang menggerunkan telah membadai bandar Sibu kira-kira 6 petang semalam meyebabkan kerugian besar buat peniaga bazar ramadan di bandar tersebut.

Pokok tumbang, bumbung berterbangan dan tersangkut pada talian elektrik serta jarak penglihatan rendah menyebabkan penduduk Sibu mengalami trauma kerana tidak pernah melihat kejadian sedemikian sebelum ini.

Macam Medan Perang, Peniaga Sibu Sedih Makanan Dan Kanopi Hancur 'Diterbang' Ribut
Macam Medan Perang, Peniaga Sibu Sedih Makanan Dan Kanopi Hancur ‘Diterbang’ Ribut. Kredit: Utusan Sarawak

Menurut rakaman video tular di platform media sosial, suasana kelam kabut dengan jeritan peniaga dan pelanggan yang dilihat berpaut pada tiang khemah bagi menghalang angin daripada menerbangkan khemah selain petir sambar menyambar.

Habis rosak barang niaga

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting Ing Horh dalam catatan di laman Facebook berkata Jalan Merdeka Barat kelihatan seperti medan perang dengan kejadian pokok tumbang.

Macam Medan Perang, Peniaga Sibu Sedih Makanan Dan Kanopi Hancur 'Diterbang' Ribut

“Ia adalah hari yang luar biasa, jarang melihat keadaan ribut menggerunkan berlaku selama 45 minit. Saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa,” menurut catatan beliau.

Semoga peniaga bazar ramadan Sibu tabah dengan dugaan ini!

Dalam video lain yang turut tular, satu unit rumah flat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berlaku kerosakan teruk selepas tembok roboh.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian ribut itu dan memaklumkan enam flat kediaman anggota polis dan keluarga mereka mengalami kerosakan akibat angin kencang.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Baca lagi artikel menarik:

Tular Di Laman Sosial, Fenomena Awan Seperti Ombak Di Bintulu Buat Netizen Teruja
7 Kali Gagal Mendarat, Penumpang Cemas Pesawat Terpaksa Berpatah Balik Ke Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Hampir 5 Tahun Kahwin Kenapa Takda Anak?’, Ini Jawapan Wanita Dari Sarawak
Next Article Kejam! Mayat Ditemui Di Kebun, Rupanya 'Bomoh Ganda Duit' Ini Dalang Di Sebalik 11 Pembunuhan Kejam! Mayat Ditemui Di Kebun, Rupanya ‘Bomoh Ganda Duit’ Ini Dalang Di Sebalik 11 Pembunuhan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?