Seolah-olah makan di bawah langit dihiasi bintang-bintang
Makan Malam Romantis Sambil Menikmati Pemandangan Di Langit, Ketahui Sky Garden Miri. Psst… Nak tahu tak di Miri ada restoran di mana anda boleh merasai dinner in the sky sambil lihat bintang dan juga pemandangan bangunan dari atas.
Bagi anda yang inginkan kelainan saat menjamu selera yang istimewa bersama insan tersayang di Miri, sememangnya ini adalah peluang yang tidak harus anda dilepaskan.

Restoran rooftop di Miri yang cukup unik
Sky Garden Miri, menawarkan pengalaman untuk anda menikmati hidangan di tingkat atas/ rooftop sambil menghayati pemandangan indah di kawasan sekitarnya. Seolah-olah makan di bawah langit dihiasi bintang-bintang sambil menikmati sajian yang menyelerakan dengan panorama indah sememangnya cukup mengujakan.


Pelbagai hidangan yang enak
Antara hidangan yang ditawarkan adalah hidangan western seperti pizza, lasagna, braised lamb shank dan banyak lagi! Kalau lihat dari segi platingnya, memang tak kalah dengan fine dining. Sesuai untuk anda menikmati hidangan romantis bersama yang tersayang.
Anda juga boleh mengadakan sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, buat surprise kepada pasangan dan sebagainya di sini sambil menikmati pemandangan bandar yang cantik.

Manakala untuk anda yang minat mocktail, di sini juga tersedia pelbagai jenis mocktail yang menarik untuk anda cuba, antaranya Peaches Mocktail, Flamingo, Sky Angel dan banyak lagi.
Lokasi: Meritz Hotel 17th Floor, Lot 1079, Block 9, MCLD, Jalan Miri-Pujut, Miri
No telefon (untuk tempahan): Edwin +6011-25010227
Waktu operasi: Setiap hari dari jam 2 petang hingga 12 tengah malam