• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Kenali ‘Ulat Lameh’ Yang Berharga RM 600 Untuk 1 KG

Oleh
Husna Hazmi
25 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ulat Lameh makanan eksotik di Sarawak.

Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Kenali ‘Ulat Lameh’ Yang Berharga RM 600 Untuk 1 KG. Pasti ramai yang sudah mengatahui tentang ulat mulong, namun tahukah anda terdapat satu lagi jenis ulat yang menjadi makanan eksotik kegemaran kaum Melanau di Sarawak.

Sebuah perkongsian di Facebook ini telah mendapat perhatian ramai setelah memuat naik gambar ulat Lelamas atau ulat Lameh yang ditemui di tepi jalan di Dalat, Sarawak.

Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Ketahui 'Ulat Lameh' Yang Boleh Cecah RM 600 Sekilo
Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Ketahui ‘Ulat Lameh’ Yang Boleh Cecah RM 600 Sekilo. Sumber foto: Facebook Jess Ica

Boleh didapati di Dalat dan Mukah

Untuk pengetahuan, Ulat Lameh ini merupakan salah satu makanan eksotik masyarakat di Sarawak terutamanya bagi kaum Melanau dan ia boleh ditemui di Sg Kut, Dalat.

Ulat Lameh ini merupakan ulat liar yang mempunyai cankerang hitam berkilat dan amat jarang didapati di pasaran.

Ulat Lameh ini dimakan dengan cara digoreng atau boleh dimakan bersama sagu. Rasanya pula berlemak dan habitatnya pula pada daun pokok Nyatoh yang hanya boleh ditemui di kawasan Dalat dan juga Mukah Sarawak.

Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Ketahui 'Ulat Lameh' Yang Boleh Cecah RM 600 Sekilo
Sumber foto: Facebook Jess Ica

Sukar didapati membuatkan harganya mencecah ratusan sekilo

Oleh kerana ia amat sukar dicari, harganya boleh mencecah sehingga RM 600 sekilo membuatkannya antara makanan eksotik paling mahal yang boleh didapati di Sarawak.

Penemuan ulat Lameh di tepi jalan ini amatlah mengejutkan kerana ulat ini bukan sahaja mempunyai harga yang mahal, malah ia juga merupakan spesis ulat yang sukar didapati.

Lagi makanan eksotik yang ada di Sarawak:

Benarkah Makanan Eksotik Borneo, Ulat Mulong Haram Dimakan?
https://www.iloveborneo.my/digelar-abalone-versi-sarawak-kenali-lelitak-makanan-eksotik-bagi-masyarakat-iban-di-sri-aman/
SUMBER :Facebook Jess Ica
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Semua Guna Passport Merah, Ini Dokumen Perjalanan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu Tak Semua Perlu Passport Merah, Ini Dokumen Perjalanan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Kisah Legenda Tragis Di Sebalik Pembinaan Jambatan Tamparuli Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?