fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Makan

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
5 November 2019
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Nikmati Lauk Tengah Hari Tanpa Had Serendah RM 5.90 Sahaja!

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan. Siapa kata bajet bawah RM 10 tak dapat makan tengah hari yang sedap? Itu semua dusta belaka. Lagi-lagi jika anda meminati selera masakan kampung dan konsep kedai makan nasi campur. Kalau dah jumpa port yang baik, pasti hari-hari berkunjung ke sana.

Di sini kami senaraikan 3 port nasi campur, lauk tanpa had, hanya dengan satu harga sepinggan. Confirm murah dan mengenyangkan.

ADVERTISEMENT

1. Kafe 61, Medan Hamidah

Kredit : FB Kafe 61 Medan Hamidah

Kafe 61 ini terletak di Medan Hamidah, Petrajaya. Lebih tepatnya, bersebelahan dengan Pizza Hut Medan Hamidah dan berhampiran dengan bulatan. Kedai makan wakaf ini menyediakan hidangan nasi campur yang berharga RM 6.50 sahaja! Anda boleh mengambil apa-apa sahaja lauk beserta nasi dalam satu pinggan beserta air sirap pelbagai perisa secara free flow.

Pilihan lauknya juga banyak dan menyelerakan. Ada ulam-ulaman, lauk sayur, ikan, ayam, goreng-gorengan dan banyak lagi. Rambang mata nak pilih lauk yang mana satu.

ArtikelBerkaitan

Ini Adalah 3 Beef Noodle Sedap Di Miri Anda Perlu Cuba

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri

ADVERTISEMENT
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Kafe 61 Medan Hamidah
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Kafe 61 Medan Hamidah
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Kafe 61 Medan Hamidah
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Kafe 61 Medan Hamidah

Walau pun harganya hanya RM6.50 untuk sepinggan nasi campur, anda dinasihatkan untuk mengambil makanan anda dalam kuantiti yang memadai sahaja. Takut nanti membazir jika tidak dihabiskan. Membazir itu amalan siapa? Ya, anda tahu siapa.

Kedai ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad, bermula jam 8 pagi hingga 11 malam.

ADVERTISEMENT

2. Qaseh Sumayyah Cafe & Catering, Pending

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan

Jika anda tinggal atau bekerja di sekitar kawasan Pending dan ingin menjimatkan minyak kenderaan anda ke kedai makan di tengah Bandaraya Kuching, Qaseh Sumayyah Cafe & Catering kan ada. Kedai makan di Yoshi Square, Pending ini turut menyajikan pilihan makanan yang pelbagai pada harga RM 6.90 untuk sepinggan.

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Qaseh Sumayyah Cafe & Catering

Yang best nya, mereka juga menyediakan hidangan khas shellout dan hidangan mengancam lain pada setiap hari Sabtu, bermula jam 11 pagi pada harga yang sama seperti sepinggan nasi campur. Antaranya seperti shellout ketam, udang, ikan 3 rasa, korean spicy chicken, buttermilk chicken, kentang sambal pusuk dan banyak lagi. Fuyohh, menggoda betul menu yang ditawarkan di sini.

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Qaseh Sumayyah Cafe & Catering
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB Qaseh Sumayyah Cafe & Catering

Khabarnya, satu lagi cawangan kedai makan ini akan dibuka berdekatan Bulatan Petrajaya. Tak perlu lah susah-susah ke Pending lagi lepas ni.

3. SM Mart Cafe (Berdekatan Jambatan Satok)

Kredit : FB SM Mart & Cafe

SM Mart Cafe juga merupakan satu lagi kedai yang menyediakan hidangan nasi campur yang berbaloi-baloi. Kedai makan yang berhampiran dengan Jambatan Satok ini menghidangkan beberapa menu basic seperti lauk ayam, ikan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman.

Harganya? Hanya RM 5.90 sepinggan! Murah naww.

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB SM Mart & Cafe
Kredit : FB SM Mart & Cafe
Kredit : FB SM Mart & Cafe
3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
Kredit : FB SM Mart & Cafe

Air lemon kosong juga disediakan secara free flow di sini dan termasuk dalam harga sepinggan nasi campur RM 5.90.

Selain daripada nasi campur di sini, anda patut mencuba ABC Special nya yang dipenuhi dengan buah-buahan seperti buah naga, laici dan anggur. Rasa ABC nya pun berlemak dan mantap. Terbaik!

Kredit : FB SM Mart & Cafe

Mencari makanan tengah hari yang bajet dan sedap bukan lagi satu kepayahan. Singgah sahaja ke kedai yang kami senaraikan di atas dan nikmati hidangan nasi campur anda sepuasnya.

Jangan lupa juga untuk like dan share post ini!

Follow kami di :

Facebook : I Love Borneo
Instagram : I Love Borneo
Youtube : I Love Borneo

Share3387Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy