fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
23 Disember 2020
4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri
Share on FacebookShare on Twitter

Mari cuba 4 kedai makan yang terbaik di Miri ini!

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri. Miri bukan sahaja bandar raya yang menarik dan unik, tapi tahukah anda bahawa Miri ini juga amat terkenal dengan makanannya yang memang padu. Bagi yang risau tidak tahu untuk makan di mana dan makan apa jika anda berkunjung ke Miri, kami di sini sedia membantu anda.

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri
4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri. Kredit Gambar: Asian Nasi Kandar MIRI fb

1. Asian Nasi Kandar

Jika singgah ke Miri, anda perlu singgah ke Asian Nasi Kandar kerana mereka amat terkenal dengan nasi briyani lobster mereka. Lobster yang fresh di masak dengan resipi istimewa ini sememangnya power gais.

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri
Kredit Gambar: Asian Nasi Kandar MIRI fb

Jangan risau di sini, mereka ada banyak menu yang memang unik seperti nasi briyani dalam buluh ayam, nasi briyani buluh lamb shank dan pelbagai menu lain yang semestinya akan membuat anda terliur. Tunggu apa lagi jom kita cube makanan disini.

ArtikelBerkaitan

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan

Rindu Makanan Sarawak? Ini Adalah 12 Senarai Kedai Makan Sarawak Di Semenanjung Yang Anda Boleh Cuba

Kredit Gambar: 3BeradikGemok fb

2. 3 Beradik Gemok

3 Beradik Gemok ini merupakan tempat makan yang amat sesuai bagi mereka yang gemar mee kolo. Keunikan 3 Beradik Gemok ini adalah mereka menyediakan mee kolo yang pelbagai jenis di dalam satu dulang. Di dalam menu istimewa ini, empat mee kolo yang berlainan jenis dihidangkan di dalam satu talam. Menu ini sungguh unik dan amat di recommend ye.

Kredit Gambar: 3BeradikGemok fb

Menu yang lain juga ada di sini jadi anda jangan bimbang. Menu lain yang anda boleh cuba di sini adalah nasi kukus banjir belalak ayam goreng berempah, iaitu merupakan salah satu menu top di kedai 3 beradik gemok ini. Tunggu apa lagi jom singgah ke sini.

Kredit Gambar: @meesapikuching 

3. Mee Sapi Kuching

Namanya memang Mee Sapi Kuching, tetapi kedai ini terletak di Miri ye gais. Bagi mereka yang ingin mencari mee sapi yang power di Miri, ini adalah tempatnya.

Kredit Gambar: @meesapikuching 

Bagi yang gemar makanan kegemaran orang Sarawak ini, Mee Sapi Kuching merupakan pilihan yang terbaik buat anda. Menu yang lain seperti laksa Sarawak, Nasi goreng ikan terubok masin dan banyak lagi juga boleh didapati di sini. Jom cuba!

Kredit Gambar: @lavendercafemiri 

4. Lavender Cafe

Ini adalah salah satu tempat yang anda perlu pergi untuk mencuba laksa Sarawak Lobster. Unik dan menarik kan? Lavender Cafe ini menyajikan banyak hidangan Lobster seperti Lobster sambal bersama nasi goreng kampung, Buttermilk Soft Skin Lobster with 4 flathead lobster, dan pelbagai lagi menu yang menarik.

Kredit Gambar: @lavendercafemiri 

Lavender cafe bukan sahaja terkenal dengan Lobster mereka yang segar dan dimasak sempurna, anda juga boleh makan ketam yang fresh dan besar di sini. Terliur kan? Mari kita sama-sama cuba makanan di sini!

Lagi di sini:

Share114Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy