fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Makan

4 Kedai Makanan Western On Point di Kuching

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
2 November 2019
4 Kedai Makanan Western On Point di Kuching
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Western Lover, Where You At? List Wajib Try Ada di Sini!

4 Kedai Makanan Western On Point di Kuching. Bila dah datang mood nak makan makanan western, semestinya anda ingin merasa makanan western daripada berbagai jenis kedai. Tak semestinya stick kepada satu kedai sahaja kan? Walau pun di Kuching kini, kedai makanan western muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, tapi di sini kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.

1. Big Coconut Western @ Hui Sing

Lokasi kedai ini agak tersorok sedikit dan sedikit jauh dari pusat bandar. Ia terletak di taman perumahan Hui Sing, berdekatan dengan Imperial Hotel Kuching. Paling senang, guna sahaja Waze atau Google Map untuk ke sini. Makanan western yang anda patut cuba di sini ialah spagetti chicken carbonara, signature grilled chicken chop dan pizza beef pepperoni nya. Kepada penggemar Nutella pula, anda patut mencuba pizza Nutella Oreo. Meleleh beb!

ADVERTISEMENT
kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Big Coconut @ Hui Sing. Kredit : Airbnb
kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Spagetti chicken carbonara
kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Signature beef pepperoni

Kedai ini juga mempunyai sebuah lagi cawangan yang diberi nama Small Coconut. Ia terletak di Matang Corner (tidak jauh dari SMK Matang Jaya). Harga yang ditawarkan pula adalah dalam lingkungan RM16 – RM30. Portion nya pun besar dan berbaloi. Menu yang ditawarkan di sini adalah sama, jadi anda tidak perlu pening kepala jika ingin menjimatkan masa untuk memandu ke cawangan di Hui Sing.

kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Small Coconut di Matang Corner. Kredit : Small [email protected] Hub

2. Fork & Knife

kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Kredit : my.openrice.com

Jika anda inginkan sirloin steak yang sempurna di Kuching, Fork & Knife merupakan kedai western yang tepat untuk anda. Terletak di Jalan Stutong, Kuching, kedai ini menyajikan pelbagai hidangan western seperti grilled lamb shoulder, crispy chicken burger with fries, pizza dan pelbagai lagi hidangan lain yang pastinya menggoda nafsu makan anda. Apa yang menarik perhatian di sini ialah menu pavlova nya dihiasi dengan buah-buahan seperti strawberi dan kiwi. Rata-rata pengunjung yang pernah berkunjung ke sini mengatakan bahawa kedai ini mempunyai persekitaran yang cozy dan selesa.

ArtikelBerkaitan

Ini Adalah 3 Beef Noodle Sedap Di Miri Anda Perlu Cuba

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri

Sirloin steak. Kredit : FB Fork & Knife Restaurant
Crispy chicken burger with fries. Kredit : FB Fork & Knife Restaurant
Grilled lamb shoulder. Kredit : FB Azizi Boltzmann
kami mudahkan pencarian anda dengan senarai kedai makanan western on point.
Pavlova. Kredit : FB Nor Diana

3. Sharing Planet Downtown

Kredit : my.openrice.com
Kredit : VMO Rocks

Haa, siapa tak tahu kedai western Sharing Planet? Kedai western yang paling terkenal di Kuching ini seringkali penuh dengan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Mana taknya, kedai ini mempunyai menu yang pelbagai dan boleh dikatakan rasanya on point. Selain itu, kedai ini juga menyajikan makanan western dengan portion yang sangat besar! Sampaikan hidangan satu pinggan boleh dikongsi untuk dua orang.

ADVERTISEMENT
Kredit : Tripadvisor
Kredit : Teaspoon

Suasana di kedai western ini juga begitu instagrammable kerana persekitarannya dipenuhi dengan pokok hiasan serta landskap yang menarik. Pencahayaan di sini juga tidak terlalu terang. Sesuai lah untuk anda yang ingin membawa pasangan atau keluarga anda. Feeling romantic gitu.

4. Le Parlour Cafe Studio

Kredit : FB Le Parlour Cafe Studio
Kredit : Wai Fai Food Photographer
Kredit : Wai Fai Food Photographer

Bagi yang minat membaca pula, anda boleh lah berkunjung ke kedai western Le Parlour kerana ia merupakan sebuah kedai western yang berkonsepkan rak buku. Bukan sahaja konsep kedainya unik, tetapi menu western di sini juga tidak kurang hebatnya. Antaranya ialah chicken chop, grilled salmon, grilled lamb shoulder, serta makanan fusion seperti mushroom creamy spaghetti with chicken soup.

ADVERTISEMENT
Kredit : FB Le Parlour Cafe Studio
Kredit : FB Le Parlour Cafe Studio
Kredit : FB Le Parlour Cafe Studio

Untuk pengetahuan anda, menu signature mereka ialah salted egg butter prawn spaghetti, horlick cheese cake frappe, Finding Dory (Blue Lagoon based soda fizz drink), uji matcha frappe dan matcha strawberry frappe.

Kek juga ada. Kredit : FB Le Parlour Cafe Studio

Sambil-sambil makan atau menunggu pesanan anda sampai, anda boleh membaca buku-buku yang disediakan di sana dengan percuma. Kalau tak minat baca buku, ambil lah gambar sebab tempat ini pun boleh tahan instaworthy.

Jadi geng, dah ada idea nak makan western kat mana? Jangan lupa like dan share post ini dan tag rakan-rakan serta keluarga anda.

Share6517Tweet56SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy