Burger Homemade Paling Legit Di Sarawak Setakat Ini
4 Lokasi Burger Homemade di Miri Yang Pasti Buatkan Anda Terliur. Bandaraya Miri terkenal dengan keindahan pantai serta pemandangan matahari terbenam yang sangat breathtaking. Namun begitu, kunjungan anda di Miri tidak akan lengkap jika anda tidak mencuba pilihan burger homemade yang dijual di sini. Jika anda tercari-cari syurga burger homemade di Sarawak, kami boleh katakan bahawa Miri adalah tempatnya. Setiap lokasi burger ini mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri dan pasti tidak akan mengecewakan tekak anda.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 4 lokasi burger homemade di Miri yang legit dan pasti membuatkan anda terliur. Jom kita start!
1. Grasso Burger Joint
Grasso Burger Joint terletak di perumahan Piasau Jaya Fasa 1. Walau pun beroperasi di sebuah pondok kecil yang dibina di hadapan rumah, tempat ini cukup selesa kerana terdapat kerusi dan meja makan. Burger yang dijual di sini memiliki saiz yang bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Jika anda merupakan seorang penggemar burger dengan inti daging homemade yang juicy dan sos-sos (cheese, cili, tomato, mayonis) yang melimpah ruah, anda wajib datang ke sini. Bukan itu sahaja, anda siap boleh dapat free flow air sirap lagi. Wow!

Menu yang anda mesti cuba apabila anda tiba di Grasso ini semestinya Cheese Mozzarella Burger, set Temahak (set burger yang dilengkapi dengan cip nacho, ayam goreng, nugget dan sosej). Paling tak boleh tahan, set G’Mac & Cheese Burger yang nampak mewah dengan limpahan keju pasti membuatkan anda terliur. Uggh, sangat menggoda keimanan.



Peminat Grasso Burger Joint yang berada di Bintulu juga boleh mendapatkan set kegemaran mereka di cawangan baru yang dibuka di Ibraco Town Square.

Alamat : Piasau Jaya Phase 1 Jalan Dato Muip, 98000 Miri, Sarawak
Facebook : Grasso Burger Joint
2. KFCK (Kinky Fat Chicken Kitchen)
KFCK merupakan burger yang banyak mendapat recommendation daripada penduduk Miri sendiri. Kekuatan burger KFCK ini semestinya pada sos homemade nya, patty burger yang tebal serta ketinggian burger yang boleh mencecah hingga 4 inci. Jika anda hendak ke sini, anda harus yakin dan percaya pada petunjuk maps (Waze/Google) kerana simpang masuk nya agak gelap.




Alamat : Lot 668, Piasau Jaya 1A, Piasau Jaya Fasa 1, 98000 Miri, Sarawak
Facebook : Kinky Fat Chef Kitchen
3. Don’s Burger
Jika anda merupakan penggemar burger yang bersaiz XXL, Don’s Burger mesti dimasukkan ke dalam senarai anda. Selain daripada saiz nya yang ‘tidak boleh dibawa bincang’, presentation yang kemas dan menyelerakan pada setiap menu burger di Don’s ini pasti memuaskan hati sesiapa sahaja. Dari segi rasa, patty burger di sini dimasak dengan sempurna walaupun disalut tepung dan digoreng. Definisi sempurna bagi kami adalah inti patty yang masih berjus dan isi yang lembut walaupun luarannya garing. Paling penting, tidak keras dan kering.

Salah satu keistimewaan Don’s Burger ini juga ialah pada nama menunya. Kesemua menu burger di sini mempunyai nama dengan elemen lokal seperti Burger Krispsy Ganaz, 240 Monyeng, Naked Monyeng Burger, Ganas-Ganas Burger, Lambo’Shank dan banyak lagi.



Alamat : Lot 1989, Jalan Pujut 9b, Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
Facebook : Don’s Burger
4. Big D
Burger homemade Big D pula boleh tahan juga. Terletak di Desa Senadin, Miri, burger yang dijual disini menggunakan patty daging cincang yang kaya dengan perisa. Keistimewaan utama burger Big D ini ialah pembuatan burger nya menggunakan sos buatan sendiri. Terdapat 6 pilihan sos yang boleh anda nikmati seperti Special, Magic, X-Hot, Cheese, BBQ dan Sweet and Sour. Big D juga menawarkan burger saiz gergasi yang seumpamanya di Miri. Nice!



Alamat : Lot 2809, Lorong Desa Senadin 2a-4, 98100 Miri, Sarawak
Facebook : BIG D (MIRI)
Kepada penggemar burger homemade, jangan lepaskan peluang anda untuk merasa burger homemade yang terbaik di Miri ini sekiranya anda berkunjung ke sana.
Jangan lupa like dan share post ini!