fbpx
Tempat Makan

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching

Dengar Cerita, Donut Ini Sangat Havoc di Kuching!

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching. Hawa nafsu craving ini memang sukar dijangka. Apatah lagi jika tekak anda inginkan makanan manis, berlemak dan gebu. Donut merupakan salah satu hidangan yang sesuai dijadikan kudapan minum petang sambil berborak santai. Lagi padu kalau dimakan bersama teh ais madu atau secawan kopi panas.

Oleh itu, apa kata anda cuba stall donut yang kami senaraikan ini. Dengar khabar, donut yang dijual di sini sangat laris. Haa, kalau dah laris tu, rasa tak payah cakap lah kan? Uuuu, dapnyer!

Let’s go!

1. Brobites

Jika anda penggemar donut dengan portion yang banyak (cantik juga), anda boleh cuba donut oleh BroBites ini. Donut yang dijual di sini ialah donut mini yang disaluti dengan pelbagai pilihan topping yang menyelerakan seperti coklat, keju, vanila, coklat, karamel dan banyak lagi!

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Kredit : IG Brobites
Kredit : IG Brobites

Jika anda rambang mata hendak memilih topping mana yang patut anda pilih, anda boleh membuat permintaan kepada abang-abang BroBites untuk menyediakan sekotak donut dengan perisa yang “specially crafted” untuk anda.

Kredit : IG Brobites
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Kredit : IG Brobites
Kredit : IG Brobites
  • Lokasi : Emart Taman Sukma
  • Waktu Operasi : 1.30 pm – 6.30 pm
  • Hari Operasi : Isnin – Sabtu
  • Brobites : Facebook | Instagram

2. DoFa

Anda inginkan donut ala-ala Big Apple atau Dunkin Donut tapi dalam versi yang lebih mampu milik? DoFa ialah lubuk donut yang boleh memuaskan selera craving anda. Keunikan donut yang dijual di sini ialah finishing atau presentation nya yang nampak high class dan tentunya menggoda iman sesiapa sahaja yang melihatnya.

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Kredit : FB DoFa
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching. Kredit : FB DoFa

Selain daripada donut, DoFa juga menjual bomboloni iaitu sejenis pencuci mulut yang diisi dengan pelbagai inti seperti krim coklat, krim karamel, mahu pun krim keju. Perggh, memang nampak menyelerakan sungguh!

Kredit : FB DoFa
Kredit : FB DoFa

Harga donut yang dijual di sini juga murah. Anda boleh membeli sebiji donut dengan harga RM 2.50 sahaja. Untuk jualan satu kotak (4 biji) pula, harganya ialah RM13.00. Not bad, kan?

3. Donut D’Tanjong

Donut D’Tanjong juga antara donut yang wajib anda cuba. Walau pun ianya merupakan donut yang basic dengan saiz yang kecil, kelazatan donut ini pasti membuatkan anda tidak sedar berapa biji yang telah anda telan.

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching

Terdapat tiga perisa yang boleh anda pilih, sama ada anda inginkan donut yang disaluti susu, milo coklat mahupun gula apong. Salutannya pula bukan alang-alang gais, memang berterabur kalau dah masuk ke dalam mulut.

Paling best, donut ini boleh dibeli dengan harga RM1.00 untuk 4 biji. Murah wei!

  • Lokasi : Pengkalan Feri Muara Tuang, Kota Samarahan / Uptown Kota Samarahan (berhadapan kedai makan Pohonmas)
  • Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Rabu (2 hingga 6 petang) / Jumaat – Sabtu (6 petang hingga 12 tengah malam)

4. Donut Mamy

Jika anda berada berhampiran kawasan Astana, Kuching, anda boleh juga mencuba Donut Mamy. Stall kecil ini dibuka di tepi Jalan Astana. Donut dan bomboloni yang dijual di sini sememangnya tersedia dalam pelbagai pilihan dengan inti yang padat. Bukan itu sahaja, Donut Mamy juga menjual pelbagai jenis roti di hadapan rumahnya.

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Kredit : FB Donut Mamy
Aneka pilihan donut dan bomboloni yang menyelerakan. Kredit : FB Donut Mamy
Kredit : FB Donut Mamy
Kredit : FB Donut Mamy

Rata-rata penggemar Donut Mamy ini tidak pernah kecewa dengan kualiti dan rasa donut yang dijual. Lembut dan gebu di lidah katanya. Tak percaya? Anda kena rasa sendiri kegebuan donut ini.

4 Stall Donut Paling Mantap Yang Anda Mesti Cuba di Kuching
Kredit : FB Donut Mamy
Kredit : FB Donut Mamy

Menggoda ke tidak donut-donut yang ada di atas? Jangan lupa singgah dan rasai sendiri kelazatan donut-donut lokal Sarawak.

Siapa yang dah rasa tu, boleh lah komen mana satu donut pilihan anda, okay?

Artikel Berkaitan

Back to top button