fbpx
Tempat Makan

5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching

Lagi Enak Jika Dihirup Sewaktu Musim Hujan

5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching. Siapa penggemar sup di sini? Pasti anda sedang mencari hidangan ini untuk santapan tengah hari atau anda sangat ‘craving’ kan hidangan bersup. Apatah lagi kalau dimakan pada musim hujan, berselera sungguh di buatnya. Bukan sahaja terasa nikmat kelazatan, tetapi juga boleh menghangatkan badan anda di kala cuaca sejuk. Nak tahu kedai sup yang sedap di sekitar Kuching? Teruskan pembacaan anda.

1. Sup Tulang Hitam @ Pondok Soleen

Kebiasaannya, sup tulang berwarna jernih. Namun, kedai ini menyajikan sup tulang yang lain daripada yang lain apabila menjadikan menu sup tulang hitam sebagai menu signature mereka. Dibuka pada jam 4 petang sehingga habis di Taman Soleen, Petra Jaya, sup tulang ini sering menjadi ‘recommended’ penduduk sekitar untuk menikmati juadah sup yang berbaloi. Lihat sahaja saiz hidangan mereka, satu mangkuk sup tulang hitam di Pondok Soleen ini penuh dengan bahagian tulang serta isi daging. Sup tulang hitam ini didatangkan dengan satu set nasi serta sambal kicap pedas dengan harga RM 8.00 sahaja. Murah kan?

5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching
5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching
5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching

Lokasi : No 30, Taman Soleen, Jalan Merdeka, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Facebook : Sup Tulang Hitam

2. Sup Gearbox Pak Wahab

Jika anda berada di sekitar kawasan Kota Samarahan, jangan lupa untuk singgah ke stall Sup Gearbox Pak Wahab. Bertempat di Shiok Kopitiam, Aiman Mall, gerai kecil ini menyajikan hidangan sup daging dan tulang yang padu. Menu yang paling mendapat sambutan ialah Sup Special yang mengandungi bahagian daging, tulang dan perut. Anda juga patut mencuba Sup Super Special yang semestinya menghidangkan bahagian gearbox. Paling penting, daging yang dimasak di sini sangat lembut dan empuk. Apatah lagi ia dihidang ketika masih panas menggelegak dalam claypot. Pergh!

Rata-rata pelanggan yang datang ke sini merupakan pelanggan setia gerai sup ini. Khabarnya, mereka mempunyai menu baharu iaitu Sup Tulang Rusuk. Dijamin tidak mengecewakan.

5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching
Kredit : FB Rokiah Wen
5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching
Kredit : FB Shiok Kopitiam

Lokasi : Shiok kopitiam, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

3. Borneo Asian Food by SugarBun

Walau pun kedai ini sudah mempunyai peminat nya sendiri, namun menu sup nya patut diberi pujian kerana rasanya yang on-point dan saiz hidangan yang berbaloi. Restoran Borneo Asian Food by SugarBun ini turut menyajikan hidangan sup yang sesuai dimakan hangat. Jika anda singgah ke sini, sup yang wajib anda cuba ialah set sup cendawan dan sup ikan kerapu Sabah (Sabah giant garoupa soup). Dari segi rasa, sup cendawan dan ikan kerapu ini mempunyai tekstur yang likat dan lain daripada yang lain. Didatangkan bersama nasi, jeruk signature dan sambal kicap pedas, hidangan sup ini pasti menaikkan kembali semangat anda.

Sup cendawan boleh didapati di mana-mana cawangan SugarBun manakala sup ikan kerapu hanya terdapat di cawangan Borneo Asian Food by SugarBun (seberang Wisma Hopoh/RTM Kuching).

5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching
Kredit : Sunah Sakura
Kredit : Eat Drink KL

Lokasi : 180, Wisma Sugarbun, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak

4. Ani Sup Utara

Nak yang dekat Pusat Bandar? Mungkin anda patut singgah ke kedai ini. Ani Sup Utara ini merupakan cawangan kedai sup yang terkenal di Kuala Lumpur. Ia juga menghidangkan pelbagai hidangan sup yang superb seperti sup gearbox dan dibuka pada waktu makan tengah hari sehingga malam. Kedainya pula boleh dilihat dari jalan utama Jalan Kulas, Satok (bersebelahan Co-Op Bank).

5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching
5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching
5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching

Lokasi : 38, Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak

Facebook : Ani Sup Utara Kuching

5. HaNy Sup

Hany Sup pula merupakan kedai sup yang bertempat di sebuah rumah biasa di Lorong Menggris 2A1, Taman Rafia, Kuching. Dibuka pada setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 5.30 petang hingga 11.30 malam, kedai sup yang serba sederhana ini menyajikan pelbagai hidangan sup seperti sup tulang daging, bakso daging, mi wantan, serta aneka jenis mi goreng. Bagi anda yang ingin membawa seisi keluarga untuk makan hidangan bersup, kedai ini cukup selesa dan cantik.

5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching
5 Kedai Sup Sedap Yang Anda Mesti Try Di Sekitar Kuching

Lokasi : No 26 Taman Rafia Lorong Menggeris 2A1 (masuk dlm Taman Sri Wangi)

Facebook : HaNy Sup

Rasa-rasanya, dah ada idea nak makan sup kat mana? Apa lagi, pekena lah semangkuk hari ini!

Artikel Berkaitan

Back to top button