fbpx
Tempat Makan

5 Port Breakfast Di Bandaraya Kuching Yang Kini Anda Boleh Tempah Melalui Food Delivery

Seiring dengan normal baharu, hanya perlu tempah melalui Food Delivery!

5 Port Breakfast Di Bandaraya Kuching Yang Kini Anda Boleh Tempah Melalui Food Delivery. Kini tidak sukar lagi untuk anda mendapatkan makanan sekiranya malas untuk keluar atau ingin mengambil langkah berjaga jaga dalam mengamalkan norma baharu.

Khidmat penghantaran makanan sebagai contoh, adalah satu perkhidmatan yang pasti memudahkan kita apatah lagi jika restoran yang kita inginkan tersebut selalunya penuh terutamanya ketika sarapan pagi. Apatah lagi dengan pengamalam norma baharu, pastinya kapasiti restoran akan berkurangan sebanyak 50%.

Dalam artikel ringkas kali ini, kami kongsikan 5 port breakfast di Kuching yang kini, anda hanya perlu tempah melalui khidmat Food Delivery. Melalui food delivery ini juga, anda boleh menjimatkan masa dan juga menggunakan perkhidmatan nirtunai, tanpa perlu ada penggunaan wang tunai.

1. Mom’s Laksa, Jalan Haji Taha

5 Port Breakfast Di Bandaraya Kuching Yang Kini Anda Boleh Tempah Melalui Food Delivery
5 Port Breakfast Di Bandaraya Kuching Yang Kini Anda Boleh Tempah Melalui Food Delivery

Mom’s Laksa semestinya satu destinasi sarapan pagi yang terkenal buat penduduk Bandaraya Kuching. Keenakan laksa yang disediakan oleh Mom’s Laksa pasti menjadikannya pilihan sarapan untuk ramai peminatnya di Kuching. Kini, Mom’s Laksa Jalan Haji Taha boleh ditempah terus melalui aplikasi Lyfe. Melalui aplikasi Lyfe, anda juga boleh membayar dengan pilihan nirtunai dan juga menggunakan ewallet seperti boost, touch and go dan sebagainya dan dapatkan lagi ganjaran cashback atau boost coins.

2. Madam Tang’s

5 Port Breakfast Di Bandaraya Kuching Yang Kini Anda Boleh Tempah Melalui Food Delivery

Bagi peminat laksa, beef noodle dan juga nasi lemak Madam Tang’s, anda juga boleh menempah makanan kegemaran anda di sini terus melalui aplikasi seperti GrabFood, Lyfe dan juga Food Panda. Tanpa perlu memandu jauh ke outlet mereka dan membayar lagi parking berkupon, perkhidmatan food delivery pasti dapat menghilangkan craving anda!

3. Peanuts and Anchovies

Inginkan juadah nasi lemak sebagai sarapan anda? Anda boleh cuba nasi lemak dari peanuts and anchovies yang kini boleh ditempah dengan mudah melalui aplikasi Grabfood, Foodpanda dan juga Lyfe. Setiap servis food delivery ada kelebihan masing masing contohnya sekiranya anda banyak menggunakan ekosistem Grab, maka penggunaan GrabFood akan memberikan anda Grab Rewards yang kemudiannya boleh ditebus kembali untuk diskaun.

4. Kunyap-Kunyap Cafe

Bagi anda yang selalu berkunjung ke Kunyap Kunyap Cafe dan inginkan makanan mereka tanpa perlu ke restoran tersebut, anda boleh menempah pelbagai pilihan makanan yang terdapat di cafe tersebut terus dari aplikasi Food Panda. Dari Laksa Sarawak sehingga ke roti canai, semuanya boleh didapati dan ditempah terus menggunakan Food Delivery.

5. Dapo Cafe

5 Port Breakfast Di Bandaraya Kuching Yang Kini Anda Boleh Tempah Melalui Food Delivery

Jika selera anda mencari makanan pantai timur pula, jangan risau kerana anda boleh menempah makanan kegemaran anda dari Dapo Cafe dengan menggunakan aplikasi FoodPanda. Anda boleh pilih pelbagai jenis nasi kerabu dan tidak lupa juga ada juga laksam dan roti jala yang anda boleh tempah terus dari Dapo Cafe ini. Jadi jangan risau, mudah sahaja untuk anda dapatkan makanan dari Dapo Cafe kini.

Biasakan diri dengan norma baharu

Norma baharu secara tidak langsung menyebabkan kapasiti restoran berkurangan sebanyak 50% kerana perlunya penjarakan sosial bagi mengelak penularan berlaku. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita mesti patuh dengan norma baharu ini sehinggalah vaksin dijumpai dan juga diagihkan kepada semua manusia.

Penggunaan servis food delivery, membeli belah atas talian, mengelakkan diri dari ke tempat yang mempunyai ramai manusia merupakan perkara penting yang patut kita patuhi bagi mengelakkan berlakunya gelombang kedua, ketiga dan seterusnya.

Kami juga pernah review 3 Food Delivery yang terdapat di Bandaraya Kuching sebelum ini, anda boleh tonton video video tersebut di bawah :

Anda juga boleh baca artikel berkaitan dengan Food Delivery yang pernah kami terbitkan dahulu sebelum ini di pautan pautan di bawah :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close