fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Makan

5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
4 Februari 2020
5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Nak Bincang Tender Juta-Juta Sampai Pagi? On Jer!

5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam. Siapa yang tak pernah lapar pada waktu malam? Lagi-lagi kalau dah lepas jam 12 tengah malam, mesti ada keinginan nak keluar makan sambil menghirup udara malam kan? Atau pun anda dan rakan anda nak menonton perlawanan bola sampai pagi, mestilah cari port yang ‘sedap’ nak lepak, betul tak?

Jangan risau, di sini kami senaraikan 5 restoran yang dibuka 24 jam di sekitar Bandaraya Kuching bagi mengisi kesepian perut anda di kala larut malam.

ADVERTISEMENT

1. New Atmosferah Restaurant

Restoran ini merupakan satu-satunya kedai mamak di Sarawak yang dibuka 24 jam. Walau pun istilah mamak jarang sekali diguna pakai di sini, namun kedai ini merupakan lokasi yang cun untuk anda menikmati hidangan yang popular seperti ayam tandoori, roti naan dan minuman lassi.

5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
Kredit : maisinggah.com

Menu yang popular untuk jamuan tengah malam kebiasaannya adalah roti canai dan nan cheese. Teh tarik jangan dilupa.

ArtikelBerkaitan

Ini Adalah 3 Beef Noodle Sedap Di Miri Anda Perlu Cuba

4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri

ADVERTISEMENT
5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam

Kedai ini mempunyai 3 cawangan di Kuching ;

  • Berhadapan The Spring Shopping Mall
  • Bersebelahan Kolej Segi Simpang 3 (Flyover Simpang Tiga)
  • Bersebelahan Bangunan Sarawak Plaza

2. Warung Nusantara

Jika anda penggemar roti canai dan nasi ayam penyet, kedai makanan Indonesia ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda kerana ia mempunyai rasa yang sangat win. Selain itu, anda juga boleh memesan makanan ala carte seperti nasi goreng, mi kolok, bakso dan mi goreng.

ADVERTISEMENT
5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam

Setibanya di sini, anda jangan terkejut pula jika pelayannya berkomunikasi dengan anda menggunakan bahasa Indonesia kerana kebanyakan pelayannya merupakan warga Indonesia.

Warung Nusantara mempunyai 3 cawangan yang dibuka di;

  • Jalan Bukit Mata (berhadapan The Hills Shopping Complex / belakang Topspot)
  • ICOM Square
  • Berhadapan Summer Mall Shopping Complex

3. Matang Corner

Matang Corner ini merupakan port 24 jam yang agak baru di kawasan Matang. Tempat ini menjadi riuh menjelang tengah malam kerana ia menyediakan skrin layar besar untuk para pelanggan menonton perlawanan bola sepak.

5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam

Selain itu, Matang Corner juga menempatkan stall-stall makanan yang enak dan sering mendapat permintaan tinggi daripada para pelanggan seperti ayam cheese, set western (chicken chop, lamb chop), dan makanan laut bakar.

5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam

Lokasi : Taman Matang Jaya, Kuching (jalan menuju ke Sekolah Sains Kuching Utara)

4. Xing Xing Cafe

Xing Xing Cafe ini pula merupakan tempat persinggahan larut malam yang popular dalam kalangan penduduk di sekitar Petra Jaya. Terletak di Metrocity, kedai makan 24 jam ini menyediakan servis perkhidmatan berbentuk stall yang pelbagai dengan menu yang pasti mengenyangkan anda. Khabarnya, pilihan popular para pelanggan ialah ayam panggang, ikan bakar serta pilihan mi (mi sup, bakso). Wah!

5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
Ayam Panggang Madu. Kredit : FB Noor Azizah
Rojak Ayam Zul Kebab di Xing Xing Cafe. Kredit : FB Zambri Hj Seri
Mi Sup Kak Janah. Kredit : FB Zambri Hj Seri
Nasi Kerabu. Kredit : FB Zambri Hj Seri
5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
Sambal Sotong Bakar. Kredit : FB Syarifah Nur Hasmira
Bakso. Kredit : FB Dian Lavine

Lokasi : Lot B985,SL 10, Jalan Matang, Metro City, 93050 Kuching, Sarawak

5. Megabite Cafe

Megabite Cafe ini pula popular dalam kalangan pelanggan pelbagai latar belakang. Stall-stall yang dibuka di sini terdiri daripada makanan halal dan tidak halal. Menu yang dijual di sini juga mempunyai banyak pilihan. Jadi, terpulang kepada anda untuk menentukan hidangan apa yang ingin anda jamu setibanya anda di sana.

Paling menarik, jika anda jumpa papan tanda Megabite di mana-mana kawasan sekitar Kuching, ketahuilah bahawa anda sebenarnya telah menjumpai sebuah restoran 24 jam. Setakat ini, terdapat 7 cawangan Megabite yang ada di seluruh Kuching termasuk Kota Samarahan. Yeay!

5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
Kredit : readymap
5 Restoran 24 Jam di Kuching, Sesuai Untuk Anda Yang Selalu Kelaparan Di Tengah Malam
Ayam Bakar Gula Apong. Kredit : FB Cemong Tu Kucengg

Kalau ada kawan yang ajak anda mengopi di tengah malam selepas ni, anda dah tak perlu risau memikirkan tempat yang sesuai kerana anda mempunyai senarai ini untuk menggembirakan perut anda.

Share16737Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy