fbpx
Tempat Makan

6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda ‘Terangkat’

Terbayang-Bayang Dah Rasanya

6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda ‘Terangkat’. Sedang mencari kedai tom yam yang legit di Kuching? Memang tidak dapat dinafikan bahawa craving tom yam ini tidak boleh dibuat main-main, apa lagi jika sudah terbayang-bayang rasa kuahnya di dalam mulut anda. Jangan bimbang, kami ada cadangan kedai yang baik untuk anda.

1. Sabai-Sabai

Kedai tom yam ini terletak di iCOM Square, Pending. Kebiasaannya, kedai ini dipenuhi dengan pelanggan pada waktu makan tengah hari hari bekerja. Menu tom yam yang dihidangkan di sini juga agak pedas, jadi anda perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Yang pasti, anda pasti tidak akan meninggalkan walau pun setitis kuah tom yam yang dihidangkan di Sabai-Sabai ini kerana rasanya sangat ‘ummph’!

6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda ‘Terangkat’

Lokasi : B131, Ground Floor, ICOM Square, Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak
Facebook : Sabai Sabai Thai Cozy Cuisine

2. Pai Thai Tom Yam

Pai Thai Tom Yam ini pula terletak di bangunan kedai Matang Hub, tidak jauh dari Maybank Cawangan Matang dan bulatan Emart Matang. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam, kedai tom yam ini menyajikan tom yam dengan citarasa Semenanjung. Bukan itu sahaja, tom yam nya sedikit lain daripada yang lain kerana tom yam yang dijual di sini ialah tom yam putih. Nampak menyelerakan, gais!

Lokasi : Ground Floor, Lot 14447 (SL.8), The Hub Matang, Jalan Matang, 93050 Kuching, Malaysia
Facebook : Pai Thai Tom Yam – Kuching

3. Mango Tree

Kedai makanan Thai Mango Tree ini pula rasanya sudah cukup terkenal dalam kalangan penduduk Kuching. Mango Tree sememangnya terkenal dengan keaslian hidangan Thai terutamanya sup tom yam dan kerabu mangga. Kedainya juga sangat selesa dan mempunyai vibe yang romantik, sesuai untuk anda makan tengah hari atau malam bersama rakan-rakan, keluarga mahupun orang tersayang. Dahulu, kedai ini terletak di Taman Sun Valley, Kuching namun kini, ia telah berpindah ke bangunan kedai bersebelahan Warung Nusantara Bukit Mata, Kuching (belakang UTC).

Mango Tree Kuching

Kata orang, masakannya sangat ‘on point’. Daging nya dah la lembut, masih juicy lagik. Fuh, meleleh beb.

Posted by I Love Borneo on Friday, November 1, 2019

Lokasi : Ground Floor, Lot 362-363, Section 47, KTLD Bukit Mata Kuching, Jalan Padungan, 93100, Kuching, Sarawak
Facebook : Mango Tree Bukit Mata

4. Dum-Dum Cafe

Dum-Dum Cafe pula merupakan hidden gem tom yamg di Kuching. Lokasi nya agak sedikit jauh dari Bandaraya Kuching namun berbaloi untuk anda terokai kerana suasana Thailand di sini sangat terasa. Ia boleh diibaratkan seperti anda melangkah ke sebuah rumah kedai Siam yang sebenar. Walau pun tom yam nya nampak ringkas, namun rasanya pasti membuatkan anda ingin kembali ke sini lagi. Selain itu, kedai tom yam ini juga menyajikan pulut mangga yang tampil dengan pelbagai warna yang vibrant. Uuuu, dapnya!

6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'

Lokasi : 143B, Kampung Sungai Lumut, 93050 Kuching, Sarawak
Facebook : Dum Dum ดื่มดื่ม Cafe

5. Nirawan9

Kedai Nirawan9 ini juga merupakan salah satu kedai tom yam yang wajib anda kunjungi jika anda inginkan rasa tom yam yang asli dari Thailand. Latar belakang kedai makanan Thai ini juga sangat unik di mana Nirawan merupakan nama seorang wanita Thailand yang mengidam makanan kampung halamannya setelah berkahwin dan berpindah ke Kuching. Nombor 9 pula disebut sebagai ‘Khao’ dalam Bahasa Thailand yang membawa maksud nasib yang baik dan jemputan untuk memakan makanan yang enak. Oleh kerana keenakan tom yam nya bukan kaleng-kaleng, kedai ini selalu menjadi pilihan warga tempatan untuk sambutan majlis seperti hari jadi dan ulang tahun.

6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'

Lokasi : Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak
Facebook : Nirawan 9

6. Tuk Tuk Thai Boat Noodle

Bagi anda yang kebetulan berada di Vivacity atau Plaza Merdeka Kuching, jangan lupa untuk singgah ke Tuk Tuk Thai Boat Noodle. Selain daripada menu signature nya iaitu boat noodle yang berharga RM 1 sahaja untuk semangkuk, tom yam nya juga mempunyai rasa yang ngesit dan mengancam. Ditambah pula dengan isi tom yam seperti udang, sotong, dan ayam yang meriah serta menu kerabu, kehadiran anda ke Tuk Tuk ini pasti berbaloi.

Lokasi : Vivacity Megamall / Plaza Merdeka
Facebook : Tuk Tuk Thai Boat Noodle

Siapa yang craving sangat dengan tom yam tu, boleh lah usha kedai-kedai ini. Jika anda mempunyai cadangan kedai tom yam yang lebih onzz, jangan lupa nyatakan kedai pilihan anda di ruangan komen. Aroi kap!

Artikel Berkaitan

Back to top button